Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Tak Tahan Dah…” – Siti Nurhaliza Terpaksa Lakukan X-Ray Selepas Alami...

Shahrin Zulkifle 20/09/2022 | 02:00 MYT

Panyanyi tersohor Datuk Sri Siti Nurhaliza, 42, mendedahkan bahawa dia kini berdepan masalah Bronkitis (sesak dada).

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Siti akur apabila dia terpaksa melakukan ujian imbasan X-ray disebabkan masalah batuk yang kerap dihadapinya sejak beberapa hari lalu.

“Baik X-ray ya, tak tahan dah batuk-batuk tengah malam,” tulisnya ringkas.

Hasil ujian imbasan X-ray tersebut, pelantun lagu Purnama Merindu itu memaklumkan dia disahkan mengalami masalah Bronkitis.

Jelas Siti, masalah tersebut terjadi akibat kesan daripada jangkitan Covid-19 yang dialaminya pada Ogos lalu.

Susulan daripada itu, Siti turut memaklumkan dia terpaksa menggunakan bantuan inhaler selain dibekalkan beberapa jenis ubatan untuk dimakan oleh pihak doktor.

Sekadar info, Bronkitis merupakan keradangan pada salur udara besar yang mengalirkan udara dari trakea ke bahagian distal parenkima paru-paru. Bronkitis terdapat dalam dua kategori iaitu akut and kronik.

Bronkitis akut dicirikan dengan timbulnya batuk dengan atau tanpa penghasilan kahak. Bronkitis akut sering berlaku dalam penyakit bervirus yang akut seperti selesema atau influenza.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini (hyperlink: https://rancangan.gempak.com/gempak-most-wanted-2022).
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Siti Nurhaliza #Anugerah Industri Muzik #CTDK #AIM23
;