Laman Utama

Tak Tahan Sikap Atta Halilintar, Aurel  Dedah Mahu Berpisah Lepas Dua Bulan Nikah

Maliah Surip
28/10/2022
01:40 MYT
Sponsor Banner
Tak Tahan Sikap Atta Halilintar, Aurel  Dedah Mahu Berpisah Lepas Dua Bulan Nikah
Penyanyi dan YouTuber Aurel Hermansyah membuat pengakuan yang mengejutkan di tengah kebahagiaan yang dipamerkan bersama suami, Atta Halilintar dan anak perempuan mereka.
Anak Krisdayanti itu mengaku sempat mahu berpisah dan meminta cerai dari Atta hanya selepas dua bulan bernikah.
Keputusan itu mahu diambil kerana terkejut dengan sikap Atta yang diakuinya berbeza dari zaman mereka bercinta.
“Kita menikah pun belum tentu dapat mengenal sikap pasangan 100 peratus.
“Mungkin ada yang kata ‘saya sudah cukup kenal perangai suami’, tapi selalu saya dalam hati kata ‘tak mungkin,” katanya dalam YouTube TS Media seperti dilaporkan Kompas.
Aurel menambah: "Orang yang sudah 50 tahun nikah, tidak akan tahu 100 peratus (pasangannya). Yang tahu hanya diri dia sendiri. Ibu dan bapa dia juga pasti tidak tahu.
Menurutnya lagi, jangka masa lama atau sekejap sebuah hubungan tak menjamin pasangan boleh saling mengetahui karakter satu sama lain.
"Awal-awal menikah, saya cakap ‘saya tidak boleh dengan anda’. Terus, perasaan yang sama datang dalam tempoh dua bulan menikah. ‘Tak boleh, tak boleh nikah dengan kamu’,” akuinya.
Akuinya lagi lantaran berasa tidak sesuai berada dalam pernikahan dengan Atta, Aurel meminta YouTuber popular itu memulangkannya kepada keluarga.
"Lebih baik pulangkan saya kepada keluarga kerana saya tak rasa boleh melanjutkan perkahwinan ini,” katanya.
Kata Aurel salah satu perkara yang membuat dia berasa tidak boleh bertahan dalam perkahwinan itu adalah kerana suaminya tidak akan memujuk.
“Saya sempat cakap pada diri sendiri, ‘gila’ ini orang,” kenangnya.
Meski demikian seiring waktu berjalan, Aurel mulai menyedari dia tidak tidak boleh mendahulukan egonya. Dia juga mulai tahu cara menghadapi Atta.
“Ternyata setelah berjalannya waktu, saya sudah tahu. Biarkan atau iyakan dulu, berjalannya waktu, dia pasti bakal kendur sendiri," ujar Aurel.
Penyanyi ini juga mengatakan kuncinya hanya satu iaitu menjalin komunikasi yang baik dengan pasangan.
“Pada saya, hubungan kalau komunikasinya sudah tidak bagus, sudah tidak akan boleh berjalan lagi.
“Alhamdulillah sekarang semakin baik, yang awalnya kerap bergaduh," kata Aurel.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar