Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Tak Tau Nak React Macam Mana Sebab..." - Nabila Huda Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ikut Kalendar Islam

Asraf Aided 13/11/2019 | 05:11 MYT
Aktres popular, Nabila Huda menyambut ulang tahun perkahwinan keempat bersama suaminya Mohd Izwan Johar.
Perkara itu dikongsi Nabila menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Menurut Nabila, Izwan telah membuat kejutan makan malam di sebuah restoran makanan Jepun di ibu kota.
Selain itu, Izwan turut membuat kelainan apabila mengajak Nabila menyambut ulang tahun perkahwinan mereka mengikut tarikh kalendar Islam.
"Nampak tak muka awkward tu tak tau nak react macam mana sebab tak pernah sambut anniversary!
"Sebenarnya kami nikah pada 25 Disember, tapi suami saya ikut kalendar Islam dimana tarikh perkahwinan kami telah berlangsung sehari selepas Maulidur Rasul.
"Masa dia explain tu Abil memang tak faham dan keep cakap kami nikah pada 25 Disember, pening tukar-tukar anniversary, sejak tu Abil diam je lah," tulis Nabila di ruangan kapsyen.
Tambah Nabila, semalam, Izwan telah menyuruhnya memakai pakaian cantik untuk keluar makan malam bersama.
"Dan dia cakap, pakai cantik-cantik saya nak bawa awak pergi dinner, aku pun macam, haaa.. sejak bila pula husband aku ni pandai nak ajak pergi dinner ni, sekali sampai restoran tu, fuhh dinner Jepun wehh.. fine dining! Thank you for tonight love.
"Actually lebih baik macam ni dari tiap-tiap tahun nak surprise, dah jadi tak special juga, lagipun tak sambut anniversary pun tak apa, hari-hari pun boleh sambut di rumah," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Nabila mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahtereaan rumah tangga pasangan ini.

Nampak tak muka awkward tu taktau Nak react macamana sebab tak penah celebrate anniversary!haha..Actually kite nikah on 25 dec,Tapi bert ikut calendar islam which is a day after maulidur rasul tu our anniversary.Masa Dia explain tu , abil memang tak faham langsung Maksud Dia and I macam keep on Cakap no,kite nikah on 25 December lah.Pening la tukar-tukar anniversary..So since Pada tu, abil senyap je lah tak fikir when is our anniversary al maklum la kite tak pandai sgt Nak ikut calendar islam sebab dah biasa dgn calendar kite kan..and then today Dia Cakap ,pakai cantik2 saya Nak bawak awak Pergi dinner. Aku pun macam “haaaa,sejak bila pulak husband Aku ni pandai Nak ajak Pergi dinner ni..” selalunya abil je jadi mastermind. Sekali Dia drive sampai pavilion!Eh Biar betul!tak penah2 laki Aku Nak Pergi pavi ni..lagi la nervous weh!haha..skali sampai restaurant tu, Dia tunjuk tu your favourite chef! Fuhhh dinner jepang weh..Fine dining!thank you for tonight love..Actually lebih baik macam ni,Dari tiap2 tahun Nak surprise,dah jadi tak special jugak..Lagipun tak celebrate anniversary pun tak pe..everyday pun boleh celebrate at home.But today..unforgettable! Perut macam Nak pecah ni..Balik,baring,tidur ah..Settled!!!love you @kidweebee

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Imbas kembali, Nabila dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015.
Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun berpisah pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Keisha Laila.
#Nabila Huda
;