Laman Utama
Tak Terurus Seperti Penagih Dadah? Penyakit 'Lyme' Justin Bieber Beri Kesan Pada Isteri
Seperti diketahui peminat, penyanyi popular Hollywood, Justin Bieber pernah mendedahkan dia menghidap penyakit Lyme sebelum ini.
Memetik laporan Celebrity Insider, Isteri Bieber, Hailey Baldwin pula akui perkara itu sedikit sebanyak memberi kesan dalam hidupnya.
Menurut Baldwin, pengalaman melihat sendiri dan membantu suaminya itu telah menambahkan kesedaran dirinya.
"Saya rasa, dengan penyakit ini dan situasi yang dihadapi suami saya, ia membuatkan saya lebih sedar tentang aspek kesihatan dan lebih memberi perhatian terhadap simptom-simptomnya.
"Penyakit ini menarik kerana ramai yang tidak mempercayai kewujudannya, tetapi saya telah mengalaminya sebelum ini dan kini suami saya pula yang kena," katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, Bieber juga bersikap terbuka berkongsi pengalaman mengalami penyakit itu.
Sebelum ini, ada pihak yang mengatakan Bieber kelihatan tak terurus seperti mengambil dadah, walhal, ia adalah salah satu kesan yang dialami daripada penyakit Lyme.
Hasil carian Gempak, Lyme merupakan penyakit berjangkit disebabkan bakteria yang dibawa oleh kutu.
Namun begitu, penyakit ini boleh dirawat dengan pengambilan antibiotik dan beberapa kaedah perubatan yang lain.
Sumber : Celebrity Insider
Kredit Foto : Billboard