Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Tak Tidur Dari 2 Pagi…”- Dimasukkan Ke Hospital, Anak Rebecca Nur Al Islam Terkena Jangkitan Kuman Paru-Paru

Syafiqah Jalal 03/06/2022 | 02:50 MYT

Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam, memaklumkan anak lelakinya, Nor Ahmet Al Reagan, dimasukkan ke sebuah hospital selepas terkena jangkitan kuman di bahagian kiri paru-parunya sejak semalam.

Rebecca meminta agar semua mendoakan anaknya segera sembuh kerana dia sendiri bimbang dan tak dapat melelapkan mata sejak anaknya dirawat di hospital.
“Assalammualaikum, doakan anak mummy di hospital sekarang, ada jangkitan di paru-paru pada belah kiri.
“Oh jantung saya, Allah bersama mu anakku. Mummy tidak tidur dari dua pagi. Semoga Allah kuat kan mummy juga.
“Selepas ini kena lari sekejap ada, mesyuarat besar melibatkan ramai orang kerana sudah janji. Insya-Allah, jika diizinkan mummy sampai,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikan Rebecca menerusi hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan Rebecca turut berkongsi foto keadaan anak lelakinya di wad hospital.
Kemas kini itu juga mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut bersimpati dan mendoakan agar anaknya segera sembuh.

#Rebecca Nur Al Islam
;