Laman Utama
“Takde Slang Sabah Bah” - Tak Kaku, Lakonan Pertama Noki K-Clique Terima Pujian Wargamaya
Anggota kumpulan K-Clique, Noki mencuri perhatian wargamaya dengan bakat lakonannya yang menjadi dan penggunaan dialek negeri Sabah yang tidak ketara.
Menerusi laman sosial Instagram, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 28, memuat naik sedutan drama bersiri dibintanginya berjudul Oh My Hantaran yang kini bersiaran di sebuah stesen TV tempatan.
Menerusi babak-babak lakonan yang dikongsi, Noki kelihatan cukup selesa membawakan watak sebagai Mail di sisi pelakon Elisya Sandha.
Malah, lakonannya buat pertama kali itu dikatakan tidak kaku dan mempunyai jiwa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penggunaan bahasa melayu standard yang diucapkan Noki menerusi lakonannya.
“Campion ooo slang KL, terbaik bro,” komen seorang wargamaya.
“Ikhwan kau memang serba boleh. Dari memancing, menari, menyanyi sampai lakonan memang ada soul,” puji seorang wargamaya.
“Takde slang Sabah bah,” kata seorang wargamaya.
“Tidak dengar slang Sabah, hebat oh,” ujar seorang wargamaya.
“Walaupun Noki baru first time berlakon tapi slang Sabah tu takde sangat, peh power gila,” tulis seorang wargamaya.
“Slang Sabah takde, baik boss. Acting pun tak kaku,” komen seorang wargamaya lagi.