Viral
Takkan Melayu Hilang Di Dunia! Lelaki Ini Pakai Baju Silat Lengkap Bertanjak & Bersampin Tamatkan Cabaran Hyrox Asian Championship Di Hong Kong
Peserta dari Malaysia dikenali sebagai Kapten Raeiz Abdul Hamid mendapat perhatian netizen selepas menyertaipertandingan kecergasan Hyrox di peringkat antarabangsa yang berlangsung di Hong Kong baru-baru ini.
Pilih busana silat lengkap bertanjak dan sampin
Apa yang membanggakan netizen Malaysia adalah Kapten Raeiz memilih untuk menyarungkan pakaian silat lengkap bertanjak dan bersampin seperti seorang pahlawan.
Malah Kapten itu juga turut menjelaskan pemilihan pakaian itu adalah kerana keselesaan dan tidak menganggu pergerakkan.
“Orang pertama yang menamatkan Hyrox dengan memakai pakaian kebangsaan (baju Melayu).
“Alhamdulillah dengan izin-Nya aku dapat menghabiskan Hyrox Asian Championship di Hong Kong baru-baru ini dengan berpakaian tradisional lengkap untuk memperkenalkan Malaysia di dunia sukan @HYROX .
undefined