Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Talkshow EURO Dikritik, Ini Komen Padu Burn - “Kalau Setuju Je Memanjang, Tak Payah Buat Show”

Mya Amri 18/06/2021 | 03:15 MYT
Penyanyi dan pengacara, Burn menjawab kritikan kurang manis berhubung program bual bicara berkenaan dengan bola sepak sempena perlawanan EURO 2020 yang dikendalikan olehnya bertajuk Berbulu Dengan Burn (BDB).
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Burn menjelaskan tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mengubah mentaliti orang ramai tentang landskap penyiaran di Malaysia.
So far so good permulaan kami untuk BDB Euro2020. Ada macam-macam kekecohan di media sosial sekarang tentang perubahan yang kita bawa dalam dunia penyiaran bola sepak di Malaysia.
“Ada yang suka dan ada yang benci tapi tak apa sebab misi kami adalah untuk mengubah mentaliti orang ramai tentang landskap penyiaran di Malaysia,” jelasnya.
Malah tambah Burn lagi, program seperti itu perlu mempunyai perbezaan pendapat antara hos dan juga tetamu supaya orang ramai dapat melihat ketulusan komen yang diberikan sama seperti peminat bola sepak lain.
“Tak salah kalau bukan bekas pemain yang jadi tetamu! Konsep berbeza kami jadi seperti korang ‘fans’ yang tengok bola dan komen ikhlas.
“Kalau nak setuju je memanjang tak payah buat show. Kena ada perbezaan pendapat dan ‘argument’ kerana semua ada hak masing masing bersuara.
“Yang penting lepas dah settle tu settle je la masih berkawan siap hantar balik rumah lagi. Kami di sini untuk menghibur dan berkongsi pendapat sebagai peminat bola sepak dan tak akan sesekali mengatakan kami adalah ‘pundit’ atau ‘pengulas,’” tulisnya.

A post shared by Burn aka Rueben (@burnaf1)

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai ‘perang mulut’ antara Burn dan juga rakan pengacaranya, Farish Aziz sewaktu mengendalikan program ketika perlawanan Belgium menentang Rusia sehingga menjadi perhatian netizen.
#Pengacara #Euro 2020 #Burn
;