Laman Utama

Tamat Sumpahan 7 Keturunan Langkawi, Wan Aishah Warisi Kecantikan Mahsuri! Semak Fakta Menarik Ini

Shahrin Zulkifle
05/08/2022
06:00 MYT
Sponsor Banner
Tamat Sumpahan 7 Keturunan Langkawi, Wan Aishah Warisi Kecantikan Mahsuri! Semak Fakta Menarik Ini
Berita kepulangan semula keturunan ketujuh Lagenda Mahsuri, Wan Aishah Wan Nawawi, 37, ke Langkawi mendapat perhatian netizen.
Difahamkan Wan Aishah bersama suami, Alee Tongyon dan anak lelakinya datang bercuti ke pusat peranginan itu sejak minggu lalu.
Kedatangan Wan Aishah mula tular selepas video yang dimuat naik pengguna TikTok @miorjohan yang juga merupakan pemilik restoran tempat Wan Aishah dan keluarga menjamu selera.
Pasti ramai yang ingin mengetahui lebih tentang keturunan ketujuh Mahsuri ini, jom Gempak kongsikan kepada anda fakta menarik tentang Wan Aishah:

#1 Mewarisi kecantikan Mahsuri

Kecantikan Wan Aishah dikatakan mewarisi wajah moyangnya, Mahsuri yang suatu ketika dulu menjadi perhatian penduduk Langkawi.
Menerusi satu ciapan yang dikongsi pengguna Twitter, dia turut memuji kecantikan yang ada pada Wan Aishah.
“Keturunan ketujuh ini umur hampir 40, tapi lawa. Boleh bayangkan tak Mahsuri sebenar lawa macam mana?

#2 Penamat sumpahan Mahsuri

Mahsuri telah menjatuhkan sumpah ke atas Langkawi sehingga daerah itu menjadi mundur dan tidak makmur selama tujuh keturunannya.
Namun dengan kelahiran Wan Aishah sebagai keturunan ketujuh Mahsuri sekaligus menamatkan sumpahan yang dijatuhkan oleh moyangnya.
Kini Langkawi semakin maju dan menjadi tumpuan pelancong dari luar dan dalam negara.

#3 Mempunyai nama Thailand

Selain nama melayunya Wan Aishah Wan Nawawi, dia juga memiliki nama Thailand iaitu Sirintra Yayee atau Nong May.
Namun lebih senang dipanggil Wan Aishah dalam kalangan penduduk Langkawi yang mengenalinya.

#4 Pertama kali jejak Langkawi

Pada tahun 2000, Wan Aishah dijemput datang ke Langkawi buat kali pertama sempena ulang tahun ke-10 Lembaga Pembangunan Langkawi.
Ketika itu, beliau ditemani oleh ibu bapanya iaitu Wan Nawawi dan Sumaini Yayee, beserta datuknya Wan Hashim.
Wan Aishah turut menerima tawaran oleh pihak kerajaan ketika itu untuk menetap terus dan melanjutkan pengajian di Langkawi.

#5 Graduan jurusan komunikasi

Wan Aishah telah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk tempoh masa setahun.
Kemudian, dia telah menyambung lagi pengajiannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.
@miorjohan Ramai Yg tertanya pasal mahsuri..ini ialah #aisyah keturunan #mahsuri yg ke7..mahsuri telah sumpah bumi #langkawi sehingga keturunan ke7..tq dtng lngkawi xpernah xsinggah #mahsurisumpahtujuhketurunan?????? ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน - AnAn (อันอัน)
Sumber - Twitter, Remaja.my , Berita Harian, TikTok
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar