Tampil Dengan Persembahan Hebat Di Coachella, LE SSERAFIM Tular Dikritik Kerana Prestasi Vokal Kurang Memuaskan
Kumpulan K-Pop terkenal Korea, LE SSERAFIM baru sahaja selesai membuat persembahan di festival muzik terbesar Amerika, Coachella pada Sabtu lalu.
Untuk persembahan di Coachella, LE SSERAFIM telah menyampaikan lagu yang masih belum dilancarkan berjudul 1-800-hot-n-fun.
Lebih istimewa lagi, mereka juga turut mengadakan persembahan khas bersama pemuzik terkenal Amerika, Nile Rodgers untuk lagu utama mereka berjudul Unforgiven.
Walaupun mempamerkan persembahan hebat di festival tersebut, namun LE SSERAFIM tetap berdepan dengan kritikan kerana kemahiran vokal mereka dikatakan tidak memenuhi jangkaan penonton.
Menerusi komen-komen netizen Korea di media sosial, mereka menyatakan kebolehan vokal LE SSERAFIM dilihat tidak mencukupi.
Antara komen yang diberikan adalah:
“Tahniah atas persembahan anda di Coachella walaupun masih baharu dalam industri, namun persembahan pentas anda nampaknya kurang kekuatan dari segi vokal,”
“Tarian mereka sangat memukau, persembahan juga hebat namun vokal mereka sangat mengecewakan,”
“Mungkin mereka perlu lebih banyak belajar dari segi vokal, persembahan mereka nampaknya tiada masalah kecuali memerlukan vokal yang berkualiti,”
Terdahulu, pada tahun 2019, BLACKPINK menjadi kumpulan gadis K-Pop pertama yang membuat persembahan di Coachella.