Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Tan Sri Pun K-Pop La Lepas Ni” – Respon Peminat Bila Tony Fernandes Bergambar Dengan Changmin TVXQ

Mya Amri 03/04/2018 | 10:32 MYT
Pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menjadi perhatian peminat K-Pop selepas bergambar bersama dengan salah seorang anggota kumpulan TVXQ, Changmin.
Tony berkongsi foto bersama anggota kumpulan legenda Korea itu menerusi akaun Instagramnya hari ini.
Tulis Tony, dia berasa begitu gembira kerana dapat bertemu bersama Changmin.

Great night out with my buddies @sangjinoh and @changmin88 of DBSK also known as DONG BANG SIN KI . Off to blockchain now. #bigcoin

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes) on

Menariknya, tidak lama selepas berkongsi foto berkenaan, ruangan komen entri tersebut menerima pelbagai reaksi lucu peminat TVXQ di Malaysia.
“Tolonglah bawak dia ni mai Malaysia makan durian,”-@shimplydori
“AirAsia dah K-Pop lepas ni,” -@haeri.meera
Bagaimanapun, ada juga yang menyuarakan hasrat agar Tony dapat membawa TVXQ ke Malaysia untuk mengadakan konsert.
“Ohmy! Changmin bersama Mr fernandes.? Adakah kami akan dapat melihat TVXQ di Malaysia tahun ini sir? Tak salah kalau berharap kan? -@chamiko5
Selain Changmin, TVXQ juga dianggotai oleh U-Know.
Terdahulu, TVXQ mempunyai lima anggota iaitu Jaejoong, Yoochun, Junsu, Yunho dan Changmin.
Mereka berlima juga pernah mengadakan konsert The 1st Asia Tour: Rising Sun di Stadium Tertutup Putra Bukit Jalil pada tahun 2006.
Foto: Instagram @tonyfernandes
Teks oleh: Mya Amri
#Artis Korea #Tan Sri Tony Fernandes #TVXQ
;