Berita
Tanah Runtuh Di Kawasan Gunung Kinabalu, Tiada Mangsa Dicatatkan
Satu kejadian tanah runtuh didakwa berlaku di kawasan Gunung Kinabalu, Mesilau, Kundasang, Sabah awal pagi Ahad.
Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 pagi namun tidak melibatkan sebarang mangsa.
"Tiada mangsa kerana jauh dari rumah...
Kejadian itu turut tular menerusi satu video berdurasi 27 saat pada Isnin di aplikasi TikTok.
Malim Gunung, Richard Soibi berkata, runtuhan tersebut jauh dari jejak laluan gunung yang dilalui mereka.
"Betul tapi jauh dari jejak laluan gunung. Kejadian hanya disedari sekitar jam 7.30 pagi. Tiada mangsa kerana jauh dari rumah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
undefined
Difahamkan, kejadian itu turut menyebabkan aliran air Sungai Mesilau yang mengalir ke Sungai Liwagu di Ranau bertukar menjadi berlumpur.
Tiada Panggilan Berhubung Kejadian
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Talib berkata, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan berhubung kejadian itu.
"Namun setelah menerima video tersebut, pasukan bomba menjalankan pemantauan.