Laman Utama

Tanda Makin Laris, Elly Mazlein Tak Kisah Orang Benci Bila Muka Asyik Keluar TV

Izwan Isa
16/12/2022
03:50 MYT
Sponsor Banner
Tanda Makin Laris, Elly Mazlein Tak Kisah Orang Benci Bila Muka Asyik Keluar TV
Semakin hari semakin laris, penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein enggan menghiraukan cakap-cakap nakal netizen yang membenci dirinya setiap kali muncul dalam pelbagai rancangan di televisyen.
Menurut pengacara Gegar Vaganza 9 itu, dia enggan melayan setiap komen negatif yang dilemparkan, sebaliknya memberi fokus pada hal-hal positif sahaja.
“Kalau penonton atau orang ramai tak suka, saya tak pernah pun ambil tahu mengenai hal-hal negatif. Apa yang saya fikirkan adalah mereka yang meminati saya sahaja.
“Tapi untuk yang tak suka saya tu, tak mengapalah. Sebab saya sentiasa memberi ruang kepada mereka untuk menyukai atau meminati saya suatu hari nanti. Kan orang kata, tak kenal maka tak cinta,” katanya kepada Gempak.
Elly berkata demikian ketika ditemui pada sidang media The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Personaliti dengan pelbagai nama samaran itu berkata, dia bagaimanapun bersyukur dengan rezeki dalam bidang pengacaraan, sungguhpun bermula sebagai penyanyi sekitar dua dekad lalu.
“Bukan mudah sebenarnya nak berada sampai tahap sebegini. Selain kerja keras, saya sentiasa lakukan tugas yang diber dengan baik.
“Allah SWT punya kerja. Lepas kita dah usaha, kita kena doa dan tawakal. Selebihnya kita serah pada Allah SWT. Siapa sangka kan, pada usia 42 tahun rezeki datang tak putus-putus,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Elly bakal mengisi kerusi penjurian TMSMY3 bersama Zul Ariffin, Emma Maembong, Ella, Sharnaaz Ahmad, Didie Alias, Shuib Sepahtu dan Atu Zero yang dijadualkan bersiaran pada 23 Disember depan di Astro Warna.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024