Laman Utama
“Tangan Magis Alha Alfa” - Ayda Jebat Tampil Iras Kareena Kapoor Dalam Masa 20 Minit Sahaja!
Usahawan kosmetik dan jurusolek Datuk Alha Alfa mencuri perhatian wargamaya apabila menyiapkan solekan mantap ala Bollywood pada wajah penyanyi Ayda Jebat dalam masa 20 minit sahaja.
Menerusi laman sosial Instagram, Alha berkongsi hasil solekan tersebut untuk tatapan umum.
“Done malam Bollywood @aydajebat. Siapa percaya makeup ni, makeup dalam masa 20 minit je. Hehehe. Onz tak onz,” tulis Alha menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Ayda kelihatan seperti seorang bintang filem hindustan apabila wajahnya mendapat sentuhan glamor Alha.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji kecantikan dan kekemasan tangan Alha yang menyolek wajah Ayda.
Malah, tidak kurang juga ramai yang meminta tips untuk solekan mereka boleh secantik ini.
“Boleh saya pinjam tangan datuk? Tak pernah tak on point make up datuk. Paling suka part kening dan eye shadow,” puji seorang wargamaya.
“Ya Allah 20 minit dah macam Kareena Kapoor weiii,” kata seorang wargamaya.
“Lawanya, kenapa saya pakai foundation mesti bercapuk?” tanya seorang wargamaya.
“Alha Alfa punya sentuhan tak pernah tak padu,” tulis seorang wargamaya.
“Tangan magik datuk. Kita 20 minit baru siap lukis kening,” usik seorang wargamaya.
“Datuk kena bukak kelas ajar solekan macam ni, teruja la cantik sangat,” cadang seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 40,000 tanda suka daripda warga Instagram.