Laman Utama

“Tanpa 2 Dos Pun Kami Selamat Dine In, Allah Bagi Mudah” - Didakwa Anti Vaksin, Tindakan Wanita Buat Netizen Mengamuk!

Hanafis Haris
23/08/2021
09:05 MYT
Sponsor Banner
“Tanpa 2 Dos Pun Kami Selamat Dine In, Allah Bagi Mudah” - Didakwa Anti Vaksin, Tindakan Wanita Buat Netizen Mengamuk!

Perkongsian seorang wanita menerusi satu posting di Facebook telah mencetuskan kemarahan netizen apabila dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi posting tersebut, wanita yang dikatakan masih belum menerima vaksin itu secara terang-terangan memasuki beberapa restoran untuk menikmati makanan secara ‘dine in’.

Malah, bukan saja berseorangan tetapi turut membawa suami dan anaknya.

“Hari itu beberapa hari saya buat ‘social experiment’, lepas media bagi tahu 2 dos boleh masuk situ masuk sini.

“Tak ada 2 dos boleh mereput dekat rumah, kata orang yang tak puas hati dengan anti vaksin.

“Saja nak test, bukan gerai je tapi kedai runcit, restoran makanan segera semua saya masuk.

“Satu premis pun tak ada cek saya dua dos ke tidak. Alhamdulillah Allah bagi mudah,” katanya.

Jelasnya, biarpun begitu, percubaan suaminya untuk memasuki kedai gunting rambut pula tidak berjaya.

“Dua barber halau, kesian my hubby. Barber yang halau tu tak mahu duit. dah kaya.

“Pagi tadi pula kami dine in di sebuah restoran, masuk selamba buat muka yakin dah complete 3 dos. Seorang pun tak tanya, so siapa kata tak cucuk 2 dos tak boleh dine in.

“Tanpa dua dos pun kami selamat pagi ni,” katanya.

Posting berkenaan kemudian menimbulkan rasa geram netizen apabila ramai mendakwa wanita tersebut seorang anti vaksin.

Rata-rata mereka menganggap ‘social experiment’ itu merupakan perbuatan biadab dan boleh membahayakan orang ramai.

“Ekonomi baru nak mula, ada kedai baru bernafas nak berniaga, silap-silap sebab perbuatan dia kena tutup balik”.

“Aku ni bujang dah lama tak balik, sebab perangai macam ni lah kes naik balik”.

“Kalau nak anti vaksin sekali pun sila lah, tapi jangan macam ni, kau duduk je rumah,” tulis bebebapa netizen.

Terdahulu, individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk melakukan aktiviti dine-in di restoran mulai Jumaat.

Kemudahan itu adalah tambahan kepada kemudahan sektor sosial selepas dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar