Viral
Tanpa Sengaja, Bomba Terakam Imej Seram Ketika Bekerja
Satu wajah yang menyeramkan dan bertaring dirakam oleh anggota bomba ketika operasi menghapuskan sarang lebah sedang dilakukan di Kuningan, wilayah Jawa Timur, Indonesia.
Menurut lapor detik jabar, kejadian itu berlaku pada di sebuah perkampungan Ciputat pada sabtu malam lepas.
Bagaimanapun, seorang anggota bomba, Yayan Sofyan secara tidak sengaja merakam wajah seram mahkluk itu ketika dia mahu membuat laporan kepada ketuanya tentang tugasan itu.
Jelas Yayan, dia menyedari bahawa dia merakam gambar tersebut selepas pulang semula ke balai bomba bersama rakan-rakan sekerjanya.
“Semasa saya sedang memilih gambar yang akan dihantar (kepada ketuanya), ternyata ada salah satu foto yang kelihatan aneh. Ketika saya membesarkan gambar itu, saya dapat melihat penampakan (makhluk) tersebut,” katanya.
Sementara itu, rakan sekerjanya, Gugum Gumelar berkata, ramai orang mendakwa bahawa makhluk itu ialah genderuwo,
Namun dia tidak mempedulikannya kerana lebih mementingkan tugas kepada masyarakat.
Genderuwo menurut mitos Jawa adalah sejenis bangsa jin atau makhluk halus mirip kera.