Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Tanpa Suami, Shuhada Tetap Kuat! Beraya Dengan Anak-Anak, Siap Kongsi Foto Ultrasound Baby Ketiga

Mya Amri 23/04/2023 | 14:50 MYT
Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri tetap meraikan perayaan Aidilfitri bersama anak-anaknya walaupun tanpa suami di sisi.

Lebih isttimewa lagi, Shuhada yang kini hamil juga turut berkongsi foto sonogram yang diperolehi ketika proses imbasan ultrasound anak ketiganya.

Foto ultrasound itu dipegang oleh anak sulungnya iaitu Humairah sambil tersenyum.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami berempat,” tulis Shuhada.

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata pengikutnya juga turut mendoakan yang terbaik buat Shuhada selain memberi kata-kata semangat.

“Salam lebaran Shu, keep strong dan sentiasa positif ya,” tulis seorang netizen.

“Selamat Hari Raya Shu, tahniah untuk kehadiran keluarga baharu,” coret seorang lagi netizen.

“Selamat Hari Raya Shu dan anak-anak, ala comelnya Humairah tu pegang foto ultrasound tu,” puji netizen.

Terdahulu, Shuhada memaklumkan dia mendapati dirinya kini sedang hamil 10 minggu dan berkongsi khabar terbabit ketika menghadiri prosiding di mahkamah.

BACA: Berdepan Tekanan, Shuhada Dedah Kini Hamil 10 Minggu - "Hari Ni Menangis Seharian, Pengsan Di Hospital"

Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

#Raya #Hafidz Roshdi #Ultrasound #Shuhada
;