Berita

“Tanya Edry, Pernah Peluk Cium Mommy Dia Tak?”- Mesra Dengan Anak Tiri, Abby Abadi Dedah…

Syafiqah Jalal
26/10/2020
00:37 MYT
Sponsor Banner
“Tanya Edry, Pernah Peluk Cium Mommy Dia Tak?”- Mesra Dengan Anak Tiri, Abby Abadi Dedah…
Pelakon Abby Abadi mendedahkan sudah lebih tiga tahun menjaga anak tirinya yang dipanggil Edry untuk tinggal bersamanya.
Menurut Abby, Edry seorang yang pemalu namun dia cuba untuk menyesuaikan diri supaya tidak berasa kekok.
“Bersama Mat Edry. Mama (Abby ) yang peluk ni, kalau harap Edry peluk tunggu pokok tumbuh atas kepala dulu agaknya hehe.
“Tanya Edry, pernah peluk cium mommy dia tak? (Edry) angguk pun tidak geleng pun tidak. Jadi rasanya macam tak pernah la tu hehe.
“Pada yang bertanya lagi Edry ni siapa, ini kali terakhir saya jawab ya. Edry ni anak suami dengan bekas isteri sebelum dengan saya.
“Dia tinggal dengan kami kurang lebih dah 3 hingga 4 tahun kalau tak silap,” katanya.
Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia berkongsi foto memeluk anak tirinya itu.
Pinta Abby, jangan ada yang cuba bertanya lebih lanjut mengenai dia dan anak tiri kerana perlu menjaga hati pelbagai pihak.
“Bagi yang lebih-lebih jangan tanya sangatlah, takut salah jawab. Banyak hati yang perlu dijaga. Ok? Faham? Hehe.. cukup ya. Usah ditanya-tanya lagi. Tanya lagi kita block,” tegasnya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji cara Abby melayan baik anak tirinya.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Menerusi perkahwinan pertamanya bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.
Abby juga mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang masing-masing berusia 2 tahun serta Maira Darda Farisa yang baru berusia 6 bulan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar