Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Tarik Laporan Dipukul Suami, Lesti Kejora Kena Boikot: “Lebih Baik Tak Muncul Di TV”

Maliah Surip 17/10/2022 | 02:58 MYT

Bukan sahaja terkejut, namun ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lesti Kejora menarik laporan polis terhadap suaminya, Rizky Billar selepas dipukul termasuk dicekik pelakon dan hos itu.

Lantaran itu, sebuah petisyen dibuat di atas nama akaun Leli Purwanti, yang mengajak warganet atau sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lesti untuk memboikot penyanyi dangdut tersebut.
Mereka memberi alasan sikap Lesti menarik balik laporan polis setelah menjadi mangsa keganasan rumah tangga dibimbangi akan memicu normalisasi dalam kalangan masyarakat.
Apalagi, Lesti merupakan tokoh publik yang banyak dijadikan idola oleh para penggemarnya.
"Lesti Kejora adalah penyanyi dangdut yang telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga dari suaminya.
“Selepas suaminya diancam dengan hukuman penjara mengikut laporan polis yang dibuat, Lesti kemudian menarik balik laporan.
“Sebagai public figure kami bimbang masyarakat juga akan mengikuti langkahnya seolah menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga adalah hal yang wajar dilakukan," demikian keterangan petisyen tersebut seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Dalam petisyen sama, mereka juga meminta agar Lesti tidak lagi menjadi selebriti dengan wajahnya muncul di televisyen. Hal ini kerana tidak mahu perempuan berusia 23 tahun itu terus menjadi idola masyarakat.
"Lebih baik jika dia tidak muncul lagi di tv dan tidak dijadikan idola masyarakat," bunyi keterangan tersebut lagi.
Sebelumnya, Lesti menarik semula laporan polis dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga dari suaminya, Rizky Billar, dari Polres Metro Jakarta Selatan.
Lesti menarik balik laporan tersebut selepas bertemu Rizky di balai polis. Mengikut prosuder, jika Lesti tidak menarik semula laporan yang dibuat, suaminya akan ditahan di jel balai polis selama 20 hari.
Dalam keterangannya, Lesti menarik laporan yang dibuat demi anak mereka.
"(Alasannya) anak saya. Mahu bagaimanapun suami saya, bapak dari anak saya," kata Lesti yang mengatakan Rizky juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.

#Penyanyi #Kontroversi #Indonesia #Polis #KDRT #Rizky Billar #Lesti Kejora
;