Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Tasha Shila Rindu Berlakon Tapi Sayang Tinggal Anak-Anak

Syafiqah Jalal 11/09/2023 | 06:36 MYT
Pelakon Tasha Shila akui rindu untuk kembali berlakon iaitu aktif seperti sebelum mendirikan rumah tangga.

Namun Tasha atau nama lengkapnya Natasha Sheila Abdul Razak, 36, memberitahu fokusnya kini lebih kepada dua anaknya yang masih kecil.

"Bukan tak rindu berlakon tapi sekarang dah berbeza, kehidupan saya dah berubah hampir sepenuhnya sebab saya dah ada keluarga dan anak-anak.

"Bukan senang nak tinggal anak-anak yang masih kecil. Saya mahu memberi tumpuan kepada mereka. Lagipun mereka lebih perlukan perhatian saya.

"Sebab tu saya memilih berniaga kerana saya dapat uruskan masa saya sendiri dan dalam masa yang sama saya dapat menjana pendapatan," katanya kepada Gempak.

Ibu kepada dua cahaya mata iaitu Raees Zander, 2 dan Nyla Kaadira, 1, kini menceburi bidang perniagaan apabila baru sahaja mengeluarkan produk penjagaan rambut NYLA Beauty.

Tasha memberitahu dia bakal kembali berlakon jika ada kelapangan dan naskah yang bagus.

"Insya-Allah mana-mana pengambaran yang hanya melibatkan satu dua hari, kita tengok macam mana. Dipertimbangkan.

"Tengok macam mana kalau anak-anak sudah dewasa, masuk asrama, Insya-Allah saya akan kembali dalam bidang ini (lakonan).

"Bukan sekadar berlakon, watak yang

dibawa juga beri manfaat kepada

masyarakat," ujarnya.

Untuk rekod, Tasha mendirikan rumah tangga dengan Atiq Idris pada 28 Februari 2020.

#Berlakon #Rindu #Tasha #Anak-Anak #Sayang #Tinggal #Shila #Tapi
;