Hiburan

"Tawaran Untuk Taja Perkahwinan Banyak, Tapi... " - Sufie Rashid Gembira Majlis Perkahwinan Berjalan Lancar

Azwa Rahman
23/09/2019
06:18 MYT
Sponsor Banner
"Tawaran Untuk Taja Perkahwinan Banyak, Tapi... " - Sufie Rashid Gembira Majlis Perkahwinan Berjalan Lancar
Penyanyi Sufie Rashid melahirkan rasa syukurnya apabila ahli kelurga dan sanak saudara hadir ke majlis resepsinya di Kuala Lumpur.
Menurut Sufie, 28, biarpun majlis resepsi Singapura akan diadakan pada 28 September ini, dia terharu melihat datuknya tetap mahu menghadiri persandingan di Kuala Lumpur biarpun sudah berusia.
“Saya terkejut dan gembira melihat semua sepupu dan saudara datang pada majlis hari ini.
“Datuk saya yang paling payah nak muncul, tiba-tiba datang jadi saksi, ini cukup buat saya terharu walaupun ada keluarga yang tak dapat datang,” ujar Juara Akademi Fantasia musim 2015 ini kepada Gempak.
Sufie dan isterinya, Nurulain Md Yusof ditemui sebelum majlis resepsi mereka yang diadakan di Glam Hall, Mercu Mustafa Kamal, Damansara Perdana pada Ahad.
Dalam majlis meraikan cinta pasangan itu, Sufie dan Ain menyerlah dalam persalinan merah terang hasil rekaan pereka Taufik Idros Creation.
Lebih memberi kepuasan pada pasangan itu adalah semua persiapan dan perbelanjaan untuk menjayakan majlis resepsi adalah hasil titik peluh mereka berdua.
“Saya akui tawaran untuk tajaan perkahwinan memang banyak tapi saya dan Ain buat keputusan untuk tak ambil semua.
“Persediaan perkahwinan ini pun kami lakukan dari A sampai Z tanpa bantuan sesiapa.
“Kami jenis yang susah senang sama-sama dan tak suka nak menyusahkan orang lain,” ujar Sufie lagi.
Pasangan tersebut sah diijabkabul tepat jam 9.30 pagi bertempat di Pulse Grande, Hotel Putrajaya pada Jumaat.
Pada majlis pernikahan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat itu menyaksikan Sufie menyerahkan Mas Kahwin sebanyak SGD300.00 dan sebentuk cincin.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar