Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Tayang Bulu Ketiak, Wanita Ini Jana Pendapatan RM47,000 Sebulan!

Gempak 24/10/2023 | 12:53 MYT
Seorang pesohor media sosial dari Worcester, Britain menjana pendapatan lumayan mencecah £8,200 (RM47,634) sebulan dengan hanya menayang bulu bawah lengan secara online, lapor portal berita MailOnline semalam.
Fenella Fox, 30, berkata, meskipun begitu, dia sering menerima mesej yang mengancam keselamatannya serta diekori lelaki penghendap (stalker), menyebabkan dia mengalami Gangguan Tekanan Selepas Trauma (PTSD).
Wanita yang memiliki lebih sejuta pengikut di akaun media sosial itu berkata, dia mula memuat naik gambar bulu badannya secara online enam hingga tujuh tahun lalu kerana muak dengan standard kecantikan wanita semasa.
“Saya berhenti bersolek, mendandan rambut, bercukur dan hanya membiarkan badan saya berubah secara semula jadi.
“Saya banyak bercakap mengenai perkara itu secara online dan tidak lama selepas itu, saya dikenali ramai sebagai pempengaruh positif mengenai tubuh badan wanita,” katanya.
Namun, Fenella berkata, dia menjadi sasaran ancaman keganasan serta seksual daripada individu yang tidak dikenali.
“Salah satu daripada reaksi paling menakutkan yang saya terima adalah seseorang memberitahu bahawa saya akan digantung di negara mereka.
“Saya juga pernah dihendap ‘stalker’ pada Januari tahun ini serta sering menerima karangan panjang berjela daripada individu lain secara kerap.
“Saya mengembara ke seluruh dunia, tinggal di penginapan mewah dan makan di luar bila-bila masa yang saya suka. Saya mempunyai banyak kebebasan kewangan tetapi pekerjaan itu telah menjejaskan kesihatan mental saya,” ujarnya. – AGENSI
Sumber: Kosmo! Online
#Viral #Kaya #Bulu Ketiak #Gaji #Britain #Pendapatan #Fenella Fox
;