Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Tayangan Black Widow, The Eternals Ditangguhkan Ke…

Mya Amri 24/09/2020 | 04:44 MYT
Filem terbitan Disney dengan kerjasama Marvel, Black Widow, The Eternals mengambil keputusan untuk menagguhkan tarikh tayangan sekai lagi, lapor Awani.
Filem superhero wanita yang dijadualkan tayangan pada 6 November tahun ini ditangguhkan ke tahun hadapan berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih menular.
Ini merupakan kali kedua filem lakonan Scarlett Johansson itu ditangguhkan. Kali ini tarikhnya ditetapkan pada 7 Mei 2021.
Selain Black Widow, filem Marvel yang turut terima tempias sama ialah The Eternals dan juga filem adiwira Asia pertama iaitu Shang Chi And The Legend Of The Ten Rings
Menurut pelakon The Eternals, Kumail Nanjiani, Marvel telah buat keputusan bijak menangguhkan tayangan filem berkenaan.
"Marvel telah membuat satu keputusan yang bijak, kita masih dalam fasa pandemik, tiada yang lebih penting daripada kesihatan dan kehidupan.
"Saya tak boleh minta peminat pergi menonton wayang sehingga saya sendiri rasa ia selamat," katanya di akuan media sosial.
Filem "The Eternals" lakonan Kit Harington, Ma Dong-Seok,Gemma Chan dan Angelina Jolie akan ditayangkan pada 5 November 2021.
Sumber: Astro Awani
#The Eternals #Black Widow
;