Hollywood

Taylor Swift Hanya Minta RM4 Ganti Rugi Kerana Merabanya

Syafiqah Jalal
11/08/2017
06:05 MYT
Sponsor Banner
Taylor Swift Hanya Minta RM4 Ganti Rugi Kerana Merabanya
Penyanyi Taylor Swift dilaporkan hanya meminta USD1(RM4) daripada deejay bernama David Mueller sebagai ganti rugi kerana meraba punggungnya, empat tahun lalu.
Menurut jurucakap Taylor Swift iaitu J. Doug, apa yang berlaku ini patut diambil iktibar bahawa jenayah gangguan seksual tidak dapat diganti dengan wang ringgit kerana ia soal maruah.
"Meraba bahagian belakang wanita adalah satu bentuk serangan, dan ia tetap satu kesalahan
"Setiap wanita baik kaya, miskin, terkenal, atau tidak, berhak untuk tidak mendapat perlakuan tidak menyenangkan seperti itu. Itu pesan yang ingin disampaikan Taylor Swift," tegasnya.
Penyanyi Shake It Of itu kini menghadapi proses persidangan mahkamah atas serangan jenayah seksual tersebut.
Taylor mengaku bahwa David menyentuh bahagian punggungnya ketika bergambar bersama semasa Konsert Red Tour 2013.
Setelah kejadian memalukan itu mula heboh, David menyalahkan Taylor atas tuduhan mencemarkan nama baik sehingga dia dipecat dari pekerjaannya.
David kemudian meminta ganti rugi sebanyak USD$3 juta (RM12 juta) kerana Taylor Swift telah mencemar nama baiknya.
Namun sebulan kemudian Taylor membuat laporan atas tuduhan gangguan seksual.
Sumber: Elle
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar