Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Teguran Afiq Muiz Terhadap Imej Tidak Bertudung Alya Iman Raih Perhatian Netizen – “Keputusan Melawan Perintah Allah & Rasul…”

Asyikin Mayudin 29/06/2023 | 23:55 MYT

Kenyataan pelakon Alya Iman mengenai penampilannya yang kini tidak lagi berhijab menerusi temu bual bersama Gempak yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini turut mendapat perhatian aktor Afiq Muiz.

Afiq menerusi ruang komen di perkongsian video temu bual di Instagram rasmi Gempak menasihati Alya agar berfikir semula mengenai keputusannya itu memandangkan wanita yang tidak bertudung akan menerima siksaan di akhirat.

“Keputusan melawan perintah Allah dan Rasul ke… fikir la sebab perempuan tak bertudung komfirm disiksa Alya,” komen Afiq.

Biarpun ramai bersetuju namun terdapat segelintir netizen kurang senang dengan komen tersebut dan menganggap abang kepada aktres Aishah Azman itu tidak layak untuk memberi nasihat kepada Alya.

“Mufti Menk pun pernah cakap kalau bab aurat wanita ni lelaki bukan keluarga tak payahlah bagi pendapat. Lebih baik wanita yang beri nasihat. abang ni abang dia ke? Over,” komen netizen.

Bagaimanapun Afiq menjelaskan dia hanya menegur sebagaimana Nabi juga akan memberi teguran dalam soal aurat.

“Ini bukan pendapat… tak tahu baca ke? Bagi aku, Nabi pun lelaki tegur fasal aurat wanita... jangan over over pula tapi bengap an,” balasnya.

Terdahulu, Alya Iman ketika ditemui Gempak baru-baru ini mengakui masih lagi berdepan dengan kritikan netizen mengenai penampilannya yang kini tidak lagi berhijab.

Walaupun tidak seteruk dahulu, namun komen-komen yang diberikan ada kalanya boleh membuatkan hatinya terguris.

Alya juga memohon netizen tidak mengaitkan lagi arwah bapanya iaitu pelakon Azmil Mustapha berkenaan dengan isu penampilannya.

Nama Alya Iman mula menjadi perbualan hangat apabila dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab sekitar Mei lalu.

Anak bongsu kepada pelakon dan pendakwah, Allahyarham Azmil Mustapha berkata keputusan yang dibuat itu selepas berbincang dengan keluarga selain lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa bersikap hipokrit dalam media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Tak Kisah Cakap Buruk Tentang Saya, Tapi Bila Nak Libatkan Arwah Babah…” - Isu Buka Tudung, Alya Iman Sedih Nama Arwah Bapa Dipetik
#Afiq Muiz #Alya Iman #Alya #Afiq #Alya Afiq
;