Laman Utama

“Telinga Fokus Kelas… Tangan Sebelah Suap Anak, Mata Fokus Baby” Isteri Saharul Ridzwan Cabar Diri

Mya Amri
11/09/2020
05:35 MYT
Sponsor Banner
“Telinga Fokus Kelas… Tangan Sebelah Suap Anak, Mata Fokus Baby” Isteri Saharul Ridzwan Cabar Diri
Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir akui tidak mudah untuk menguruskan perniagaan selepas bergelar ibu.
Deena berkongsi pendapatnya menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun menurut Deena, dia tidak menganggap perkara itu sebagai halangan untuk bekerja, sebaliknya menjadikannya seorang wanita yang lebih bertanggungjawab dalam memenuhi tuntutan sebagai isteri dan ibu
“Beberapa hari ini Deena Sibuk dengan online business class. Banyak sangat input yang kita dapat, tapi betul lah cakap suami @saharulridzwan.
“Belajar banyak mana pun kalau tak apply sia-sia je. Jadi Deena cabar diri untuk betul-betul focus dan bagi full commitment.
“Perasaan dia exactly macam nak menduduki peperiksaan akhir. Tapi disebabkan kita ni ada anak-anak kecil, memang sangat mencabar ya puan-puan.
“Sebab takde helper. Jadi kuasa supermom pun terkeluar lah sepanjang class. Telinga focus class, tangan sebelah suap anak makan, mata pulak tengok baby,” kongsinya.
Terdahulu, Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Luth Ali, 2 tahun dan Fateema Azzahra pada 13 Jun 2020.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar