Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Telinga Fokus Kelas… Tangan Sebelah Suap Anak, Mata Fokus Baby” Isteri Saharul Ridzwan Cabar Diri

Mya Amri 11/09/2020 | 05:35 MYT
Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir akui tidak mudah untuk menguruskan perniagaan selepas bergelar ibu.
Deena berkongsi pendapatnya menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun menurut Deena, dia tidak menganggap perkara itu sebagai halangan untuk bekerja, sebaliknya menjadikannya seorang wanita yang lebih bertanggungjawab dalam memenuhi tuntutan sebagai isteri dan ibu
“Beberapa hari ini Deena Sibuk dengan online business class. Banyak sangat input yang kita dapat, tapi betul lah cakap suami @saharulridzwan.
“Belajar banyak mana pun kalau tak apply sia-sia je. Jadi Deena cabar diri untuk betul-betul focus dan bagi full commitment.
“Perasaan dia exactly macam nak menduduki peperiksaan akhir. Tapi disebabkan kita ni ada anak-anak kecil, memang sangat mencabar ya puan-puan.
“Sebab takde helper. Jadi kuasa supermom pun terkeluar lah sepanjang class. Telinga focus class, tangan sebelah suap anak makan, mata pulak tengok baby,” kongsinya.

“Fast action, fast result”. These a few days Deena busy dengan online business class. Banyak sangat input yang kita dapat, tapi betul la cakap suami @saharulridzwan. Belajar banyak mana pun kalau tak apply sia sia je. So Deena cabar diri untuk betul betul focus & bagi full commitment. Feeling dia exactly macam nak sit for final exam ? But because of kita ni ada anak anak kecil, very challenging ya puan puan. Sebab takde helper. So kuasa supermom pun terkeluar la sepanjang class. Telinga focus class, tangan sebelah suap anak makan, mata pulak tengok baby. Siapa dekat sini facing the same situation? Macam mana mommies handle ye?

A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on

Terdahulu, Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Luth Ali, 2 tahun dan Fateema Azzahra pada 13 Jun 2020.
#Saharul Ridzwan #Deena Emir
;