Telinga & Kening Bertindik, Fuad Rahmad Jawab Teguran Netizen - “Kalau Solat Saya Akan …”
Penampilan penyanyi Fuad Rahman yang menindik bahagia telinga dan kening mengundang pelbagai pertanyaan dalam kalangan netizen di laman sosial.
Fuad bagaimanapun menjelaskan dia akan menanggalkan anting-anting yang dipakai ketika hendak menunaikan solat dan membuat persembahan.
“Kalau solat saya tanggalkan la anting-anting (subang). Kalau buat persembahan pun saya akan buka. Dekat rumah sahaja saya pakai,” kata Fuad.
Fuad berkongsi mengenai perkara itu ketika menjawab pertanyaan yang diajukan netizen sewaktu melakukan sesi siaran langsung di laman TikTok bersama isterinya, Tom baru-baru ini.
Selain di bahagian telinga, Fuad juga dilihat bertindik di bahagian kening.
Menurutnya lagi, jumlah subang yang digayakan ketika ini sudah pun dikurangkan jika dibandingkan dengan beberapa tahun dahulu.
“Sekarang okay lagi, kalau dulu lagi penuh saya tindik subang, dekat tengah-tengah hidung ada, kawasan dagu pun ada,” katanya lagi.
Sementara itu, Tom berkata netizen mungkin berasa terkejut disebabkan tidak pernah melihat suaminya memakai barang penghiasan itu ketika menyertai Gegar Vangazan musim ke-9.
“Dia memang pakai anting-anting sebelum masuk GV (Gegar Vaganza) lagi, cumanya dalam pertandingan itu dia akan tanggalkan.
“Mungkin orang tak pernah tengok agaknya sebelum ini, sebab itu terkejut,” ujar Tom pula.
ARTIKEL BERKAITAN: Alami Alahan Teruk, Tom Terpaksa Tolak Tawaran Menyanyi Buat Sementara Waktu - “Kali Terakhir Mengandung 10 Tahun Lalu Namun…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Yang Ditangkap Bertatu Bergari Itu Bukan Saya" - Fuad Rahman