Laman Utama

“Telinga Terkena Bucu Kabinet TV” - Berderau Darah Lan Solo Dapat Tahu Anak Cedera, Terus Bawa Ke Hospital

Mya Amri
16/04/2023
04:54 MYT
Sponsor Banner
“Telinga Terkena Bucu Kabinet TV” - Berderau Darah Lan Solo Dapat Tahu Anak Cedera, Terus Bawa Ke Hospital
Penyanyi, Lan Solo berdepan detik cemas apabila anak lelakinya, Muhammad Akid, 8, mengalami kecederaan di bahagian telinga.
Menurut Lan, kejadian itu berlaku ketika anaknya sedang bermain di dalam bilik sebelum terjatuh dan terkena bucu kabinet televisyen.
Disebabkan insiden itu, Akid terus dikejarkan ke hospital.
“Alahai anak… Dah nak dekat raya abang oi.. Biasanya budak-budak ni dekat nak raya kalau ke hospital sebab main bunga api atau mercun..
“Ini tidak, kes lompat-lompat nak terkam apa ntah dalam bilik. Telinga terkena bucu kabinet tv. Allahuakbar… berderau darah dapat tau.
“Daddy mummy tinggalkan kejap je sebab pergi meniaga tapi itu lah benda nak jadi… Tak apalah,” kongsinya.
Menganggap insiden itu sebagai ujian, Lan bagaimanapun lega apabila anaknya tidak mengalami kecederaan serius.
“Tak apalah. Allah nak bagi ujian dalam bulan baik ni. Alhamdulillah tidak la major sangat luka dekat bahagian telinga tu..
“Tapi biasa la. Mak bapak kan faham sahajalah. Sebelum ni dahi kiri lepas tu kanan pulak koyak. Kali ketiga ni dekat bahagian telinga pula. Akid oh Akid,” tulisnya.
Untuk info, Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada Disember 2009.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 10, Nur Amna Qeesyara, 9, Mohamad Akid Qassyaff, 8, dan Nur Amna Quzandra, 5.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar