Laman Utama

“Tembam Manja-Manja Is Awesome” - Puteri Sarah Bahagia, Tak Happy Badan Kurus Kering!

Izwan Isa
23/10/2022
01:50 MYT
Sponsor Banner
“Tembam Manja-Manja Is Awesome” - Puteri Sarah Bahagia, Tak Happy Badan Kurus Kering!
Pelakon Puteri Sarah tampil memberikan penjelasan mengenai isu badannya yang sedikit berisi sehingga ada yang mengandaikan dirinya sedang hamil.
Menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagram, Sarah berkata, sungguhpun dia merupakan duta bagi produk untuk menurunkan berat badan, namun, dia memilih untuk berisi dan tidak mahu lagi berada di bawah berat badan ideal.
“Dua hari kebelakangan ini ramai orang komen mengenai badan saya yang berisi memandangkan saya merupakan duta produk untuk menguruskan badan. Saya pernah berada dalam fasa kurus kering dan ketika itu saya tidak happy.
“Kurus kering itu sangat tidak healthy dan saya nak educate rakyat Malaysia yang kurus kering seperti papan itu bukan cantik. Kalau dilahirkan kurus tak apa tapi kalau sengaja nak kurus tu not healthy.
“Saya ambil produk berkenaan kerana saya mahu maintain berat badan, bukan nak kurus. Masa saya tengah sedih dan patah hati, saya kurus dengan cepat. Masa tu saya ingat kurus cantik, tapi tidak.
“Mana larat nak buat kerja dan jaga dua orang anak yang super active lagi. Jadi saya decide untuk berisi. Tapi terlebih sikit pula sebab saya makan waktu malam,” katanya.
Dalam pada itu, Sarah berkata, dia kini berasa gembira kerana telah mendapat berat badan yang ideal dengan ketinggiannya.
“Tinggi saya 165 cm jadi berat ideal saya 58 kilogram. Kenapa perlu macam papan? Lihat Jennifer Lopez dan Beyonce, mereka tidak terlalu kurus, mereka ada aset.
“Tembam manja-manja is awesome. To be beautiful means to be yourself. Let’s change our perspective,” tulisnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar