“Tempat Ni Nampak Je Mewah, Tapi Dalam RM100 Je”- Nadir Jawab Persoalan Netizen ‘Makan Besar’ Di Gaza!
Aktivis kemanusiaan Nadir Al Nuri membalas kenyataan sesetengah netizen yang mendakwa dia menjamu selera di sebuah restoran mewah biarpun ketika ini ramai penduduk palestin terpaksa kelaparan.
Menurut Nadir, dia tidak tersentak dengan sebarang komen tersebut terutama buat mereka yang baru mengenalinya.
“Saya ok je kalian yang baru kenal kami nak komen apa pun.
“Kalian bukan kenal yang duduk dengan kami ni yang mana satu pejuang, yang mana satu keluarganya ada syahid, yang mana satu hidup ikat perut.
“Tempat ni nampak je mewah tapi dalam 15 orang makan tu RM100 lebih je,” katanya.
Jelas Nadir dia juga tidak kisah jika orang ramai terus memberi komen atau menghinanya.
“Teruskan dengan komen masing-masing, hinaan dan cercaan masing-masing.
Semoga Allah memberkati kalian semua,” katanya.
Tim Cinta Gaza Malaysia di Palestin bersarapan bersama-sama hari ni. Keluarga kami makin lama makin membesar, alhamdulillah. Dan lebih separuh ahli pasukan kami bermula di zaman bujang kemudian berkahwin dan telah mempunyai anak pun setelah bertahun-tahun berada bersama kita. pic.twitter.com/zChDAYANzv— NadirAlNuri (@NadirAlNuri) October 14, 2021
Sekadar info, isu restoran mewah itu tercetus selepas Nadir cuba menasihati rakyat Malaysia supaya tidak melupakan penduduk Palestin yang sudha 73 tahun tidak pulang ke kampung.
Susulan itu, ada yang cuba mencari ‘point’ mengaitkan tindakan Nadir yang menjamu selera dengan restoran mewah berkenaan sedangkan ramai rakyat Palestin sedang berlapar.
“Bayangkan diri sendiri makan mewah dekat restoran di bandar Gaza sedangkan ada orang sana yang still tak cukup makan.
“Lepas tu bandingkan orang malaysia balik kampung dengan orang palestin yang dah 73tahun dijajah,” tulis sebahagian netizen mengenai isu tersebut.
Untuk makluman, Nadir sebelum ini ada menyatakan sekiranya dia berada di Malaysia, dia juga akan pulang ke kampung halaman.
Tegasnya, dia hanya meminta untuk berdoa kepada saudara yang tidak dapat mengecapi kegembiraan seperti orang lain.
BACA : H: “Kau Buat Orang Nampak Teruk, Happy Balik Kampung”- Nadir Al Nuri Kena Kecam Lagi, Karikatur Buat Ramai Tersinggung?