Tempatkan Lelaki & Perempuan Dalam Satu Rumah, Kandungan YouTuber Ini Diselar Netizen
Sebuah video di satu saluran YouTube mengundang pertanyaan ramai apabila kandungan yang dibuat memperlihatkan beberapa orang lelaki dan perempuan bersekedudukan dalam satu rumah selama 77 hari.
"Apa objektif sebenar si YouTuber ni cuba nak buat?
Sedutan video tersebut dimuat naik semula di Platfom X di mana tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen menzahirkan rasa kurang senang dengan konten yang dilakukan.
Macam mana perempuan boleh selesa tidur dikelilingi lelaki macam ni? pic.twitter.com/uq98oBCJ8r
— Bbie. (@twtbiy) May 16, 2024
Konten Rupa-Rupanya Satu Cabaran
Sekadar info, konten berikut merupakan satu cabaran buat beberapa orang individu (peserta) yang ditempatkan di dalam sebuah rumah dan diminta supaya tinggal di situ dalam tempoh 77 hari.
BERITA TRENDING: Dituduh Hanya Menyewa Banglo Mewah, Ini Respons Isa Isarb - “Kalau Sewa Pun Apa Masalah Dengan Awak?”
Setakat artikel ini ditulis, rancangan di YouTube itu telah pun memasuki episod ke-44.