Laman Utama

Temubual Pertama Dalam Tempoh 5 Tahun, Adele Curhat: "12 Tahun Orang Bercakap Pasal Badan Saya..."

Maliah Surip
08/10/2021
15:20 MYT
Sponsor Banner
Temubual Pertama Dalam Tempoh 5 Tahun, Adele Curhat: "12 Tahun Orang Bercakap Pasal Badan Saya..."
Pesohor muzik dunia, Adele atau nama sebenarnya Adele Laurie Blue Adkins menjadi tetamu sebagai cover terbaharu majalah Vogue.
Itu merupakan kemunculan pertama dalam tempoh lima tahun Adele, duduk dan berbicara bersama media. Adele kali terakhir diwawancara pada tahun 2016, dan temubual pertama yang dilakukan pada 2021 ini membawa penyanyi tersebut berkongsi pelbagai kisah.
Tentulah hal yang dikongsikan dengan penuh sukacita oleh Adele, 33, tentang kemunculan album baharunya dengan dua single akan dirilis pada 15 Oktober depan. Salah satunya adalah single yang diberi judul Easy Me.
Selain berbicara mengenai album studio keempatnya itu, Adele buat pertama kali juga berbicara mengenai sosok tubuhnya yang sudah kehilangan berat badan yang banyak.
Untuk rekod, sejak muncul sebagai penyanyi, selain suara merdunya, pelantun lagu Hello ini berimej badan besar.
Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, bentuk fizikal Adele berubah drastik. Dia kini tampil lebih kurus dan hal itu menjadi perdebatan umum.
Adele mengaku dirinya mengidap Anxiety yang agak teruk dan penyakitnya itu mendorong dia melakukan pelbagai hal untuk terapi diri. Kata Adele, dia menemui ketenangan melalui aktiviti senaman yang dilakukannya sebanyak 3 kali sehari termasuk mendaki sebagai terapi kepada Anxietynya.
"Anxiety saya sangat teruk sehingga saya lupa apa yang telah dan belum saya cakap, misalnya. Jadi saya lakukan banyak terapi dan salah satunya bersenam.
"Orang terkejut melihat perubahan saya kerana saya tidak berkongsi journey seperti kebanyakan orang membuat dokumentari semua hal di Instagram.
"Kebanyakan orang seperti saya (tubuh gempal) juga berbuat demikian mungkin kerana jenama diet. Dan saya tak peduli tentang semua itu.
"Saya lakukan ini (proses kuruskan badan) untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. Jadi kenapa saya perlu kongsikan kepada umum? Saya tak melihat keperluannya. Ini tubuh saya," jelas Adele yang mempunyai sebanyak 40 juta pengikut di Instagramnya.
Figura yang mencetak jutaan rekod menerusi album albumnya itu kemudian menyambung.
"Sudah 12 tahun orang bercakap tentang badan saya. Mereka pernah bercakap sebelum saya kehilangan berat badan. Dan kini, masih. Tapi saya tak peduli.
"Saya percaya untuk jadi positif bukan bergantung kepada bentuk atau saiz tubuh," katanya lagi.
Sejak dua tahun lalu Adele dipercayai berjaya menurunkan sehingga 45.3 kilogram berat badannya melalui disiplin ketat dalam pemakanan dan senaman yang dibuat.
Kredit Foto: Vogue
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar