Hiburan

Tenang Kawal Isu, Zahirah Raih Pujian Netizen - “Semakin Dia Diam Semakin Nampak Cerdik, High Class Lady”

Umirah Halim
12/01/2024
05:00 MYT
Sponsor Banner
Tenang Kawal Isu, Zahirah Raih Pujian Netizen - “Semakin Dia Diam Semakin Nampak Cerdik, High Class Lady”
Kemelut antara pelakon, Zahirah Macwillson dan Fathia Latiff masih lagi meraih perhatian netizen di media sosial.
Selepas diasak oleh Fathia dengan beberapa ‘sindiran’, Zahirah tampil ‘classy’ dengan memuat naik video dirinya yang menunjukkan seolah-olah dia tidak tertarik langsung untuk memberi respons terhadap serangan yang dilakukan.
Susulan itu, hantaran yang dimuat naik di Instagram akaun miliknya tersebut meraih pujian netizen yang rata-rata menyokong cara Zahirah mengawal situasi yang hangat ini.
Antara komen yang diberikan:
“Cara respon dgn isu yang sedang hangat, penuh dengan class dan professional.
“Menang tanpa bertanding.
“Semakin dia diam semakin nampak cerdik nya, high class lady.” tulis beberapa individu di hantaran tersebut.

Berita Trending: “Stop Mesej Saya, It’s Annoying! Saya Okay” - Fathia Latiff

Dalam pada itu, hantaran tersebut turut mendapat respons daripada pelakon, Aiman Hakim Ridza yang menunjukkan tanda sokongan kepada isterinya Zahirah.
Terdahulu, Fathia memuat naik gambarnya bersama bekas kekasih, Aiman Hakim di Instagram. Menerusi ruangan kapsyen, Fathia menulis: “I know you still love me."
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024