Laman Utama
“Tenanglah Mommy Di Sana…”- Ibu Nita Hamzah Meninggal Dunia
Penyanyi Nita Hamzah memaklumkan ibunya, Norazizan Ramly telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 3.50 pagi tadi.
Kata Nita dia dan adik beradiknya reda dengan pemergian ibunya dan berharap arwah tenang di alam abadi.
“Assalamualaikum…Waris waris , saudara dan kawan kawan dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa ibu saya Norazizan Ramly telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi jam 3.50 pagi.
“Mommy kami reda…Tenanglah mommy di sana…,” katanya.
Nita memaklumkan berita sedih itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Nita memuat naik sekeping foto gelap dan kosong.
Difahamkan ibunya meninggal dunia selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital kerajaan semalam.
Dalam pada itu, di IG Story Nita meminta agar semua sedekahkan bacaaan al-Fatihah buat ibunya.
“Minta semua sedekahkan al-Fatihah buat mommy saya,” katanya.
Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberikan ucapan takziah.