Laman Utama

Tengku Zafrul Pesan; "Kalau Ada Yang Menjanjikan Cinta, Tolong Tolak Mentah-Mentah"

Izwan Isa
14/12/2021
10:49 MYT
Sponsor Banner
Tengku Zafrul Pesan; "Kalau Ada Yang Menjanjikan Cinta, Tolong Tolak Mentah-Mentah"
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul mengakui terkejut membaca kisah seorang wanita yang terpedaya dengan janji-janji manis seorang scammer yang menyamar sebagai Menteri Kewangan sehingga kerugian wang sebanyak RM4,200.
Menurut Zafrul, dia bermohon kepada semua orang agar berhati-hati supaya tidak mudah tertipu dengan penipuan orang yang tidak dikenali.
“Saya terkejut bila baca ada wanita terpedaya dengan janji-janji manis scammer yang mengaku Menteri Kewangan sehingga menyerahkan wang sebanyak RM4,200.
“Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana. Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan. Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali.⠀
"Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari nombor dua. Pesanan ini juga khas untuk isteri saya,” katanya menerusi kemas kini di Instagram.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika kerugian selepas diperdaya individu menyamar sebagai Tengku Zafrul.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang tinggal di Kemayan berkenalan dengan suspek pada awal bulan ini.
Ketika sesi perkenalan itu, suspek menggunakan nama Facebook Tengku Zafrul dan memperkenalkan diri sebagai Menteri Kewangan dan turut menghantar mesej kepada mangsa melalui WhatsApp.
Suspek berkenaan kemudian berjanji memberikan wang sebanyak RM1 juta dan sebuah kenderaan jenis Rolls-Royce kepada mangsa jika bersetuju untuk berkahwin dengannya.
Menurut Mohd. Wazir, suspek kemudian meminta mangsa berurusan dengan individu bernama Siti menerusi WhatsApp yang didakwa pengurus bank kepada Tengku Zafrul.
Katanya, mangsa diminta membayar yuran pemprosesan untuk berkahwin dengan suspek.
Mangsa membuat pembayaran melalui mesin deposit di sebuah bank di Temerloh pada 10 Disember lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar