Berita
“Tengok Suami Pun Ada Hari Rasa Nak Telan”- Salima AF Kongsi Pengalaman...
Bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Salima Habibi mendedahkan emosinya tidak stabil selepas melahirkan anak sulungnya Rayyan.
Salima berkata, bukan mudah untuk mengawal emosi ketika baru pertama kali begelar ibu.
"Dulu lepas beranakkan Rayyan, mommy lalui macam-macam perjalanan emosi yang ibarat roller coaster, sebab semuanya pertama kali, asyik nervous je huhu..
"Selalu tertanya-tanya betul ke aku ni boleh jadi mak ni? Boleh ke itu boleh ke ini.. Nak adjust emosi, jadual harian, tengok suami pun ada hari rasa mcm nak telan hahahaha...
“Semuanya pengalaman baru yang memang adakala mengundang banyak kecederaan emosi,” tulisnya.
Salima berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto anak perempuannya.
Pun begitu, Salima berkata semakin lama dia sudah bijak mengawal emosi dan sentiasa berserah kepada Tuhan.
"Tapi hari berganti bulan dan tahun, Subhanallah semua yang Allah bagi adalah yang terbaik, jadi makin tenang dan terurus, improve sikit sikit, buat satu satu...
"Belajar dan terus belajar, dan berani untuk cakap tak tahu, rupanya bila kita tunduk dan akur, bukan bererti kalah. Tunduk dan akur pada agama adalah jalan ketenangan paling besar dlm hidup.
"Kemudian lahir puteri ini, Masya-Allah Alhamdulillah tak sangka Allah bagi rasa bahagia dan syukur yang sama macam pertama kali melahirkan.
"Maha suci Allah yang boleh luaskan hati kita ni untuk sayang pada sekalian banyak manusia dengan sebanyak banyaknya tanpa mengurangi sayang pada yang sedia ada...
"Semua Allah punya... Tiada yang kita punya.. Moga kita semua dapat pengakhiran husnul khatimah ameen.... Rindu plak Asmaa' time ni gemuk-gemuk macam teddy bear," katanya lagi.
Salima berkahwin dengan penceramah bebas Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre pada 30 November 2013.