Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Terasa Di Sarawak, Rumah Terbuka SOCC Holdings Bawa Juadah & Tradisi Bumi Kenyalang!

Amri Hassan 17/05/2024 | 17:38 MYT
Biarpun Syawal sudah berlalu namun kemeriahan rumah terbuka masih diraikan di ibu kota.
Buktinya, rangkaian syarikat SOCC Holdings Sdn. Bhd. tampil mengadakan rumah terbukanya bertemakan tradisi dan budaya dari negeri Sarawak.
Kata Pengarah Urusan SOCC Holdings Sdn Bhd, Amin Aznizan, rumah terbuka yang diadakan di Kuala Lumpur tahun ini merupakan rumah terbuka kedua selepas edisi pertamanya di Kuching pada dua minggu lalu.
"Ini tahun kedua kita buat di Kuala Lumpur, dan ini juga sambutan kedua tahun ini, dua minggu lalu kita telah adakan di Kuching, Sarawak dengan sambutan yang sangat luar biasa.
"Ia untu meraikan rakan industri dan bisnes, SOCC kita nak mengutarakan katering, makanan serta adat dari Sarawak. Penting sebab saya nak kongsikan keunikan serta layanan orang Sarawak.
"Istimewa juga kerana April lalu, SOCC Offshore yang mengendalikan katering untuk industri oil & gas mencapai 10 juta jam LBI (10 juta jam tak pernah ada insiden yang terpaksa kita berhenti kerja), ini pencapaian membanggakan. Kalau tengok secara dunia pun, tak banyak yang capai 10 juta jam.
"Jadi, kejayaan ini telah membuktikan SOCC mengutamakan keselamatan, kualiti dan servis," katanya kepada Gempak.
Antara yang menarik adalah juadah-juadah asli dari negeri Sarawak yang disediakan oleh Chef khas yang diterbangkan dari ‘offshore’ di mana mereka menyediakan makanan untuk pekerja minyak dan gas di persisiran pantai Malaysia.
Selain itu, Kedey Kamek turut menyediakan makanan unik Sarawak seperti Laksa Sarawak, Ayam Pansoh dan Mee Kolok manakala jenama Nang Haus menyediakan pelbagai jenis minuman dari negeri Sarawak.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tradisi yang digubah khas oleh pelajar TCS College, sebuah organisasi pendidikan di bawah rangkaian SOCC Sdn Bhd.
TCS College yang telah mula beroperasi pada tahun 2000, ditubuhkan dengan matlamat membasmi kemiskinan di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah melalui pendidikan dan telah melahirkan ramai usahawan untuk membantu masyarakat setempat.
Pelajar-pelajar TCS College mempersembahkan kisah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang, iaitu sebuah kisah mitos yang sangat sinonim di kalangan masyrakat Sarawak.
Turut menghiburkan hadirin adalah persembahan khas dari Aswara yang menggabungkan elemen Timur dan Barat.
Aswara turut berkolaborasi dengan CQ Music, untuk mengembangkan industri muzik dan hiburan tanah air. CQ Music yang ditubuhkan pada tahun 2012 juga adalah salah satu syarikat di bawah rangkaian SOCC.
Syarikat SOCC yang telah beroperasi sejak 1983 dan berpangkalan di Sarawak itu telah mengusahakan pelbagai bidang industri antaranya makanan, latihan, pendidikan, oil dan gas, hiburan dan pelancongan.
#Viral #Makanan #Sarawak #Rumah Terbuka #Laksa Sarawak #Ayam Pansuh #SOCC Holdings #Kedey Kamek #Nang Haus
;