Berita

Terbiasa Ayah Tiada Di Rumah, Anak Anak Tak Tahu Kemelut Cerai Kim Kardashian, Kanye West

Maliah Surip
14/01/2021
15:25 MYT
Sponsor Banner
Terbiasa Ayah Tiada Di Rumah, Anak Anak Tak Tahu Kemelut Cerai Kim Kardashian, Kanye West
Rumah tangga Kanye West dengan Kim Kardashian saat ini berada di hujung tanduk. Kim dikatakan telah memfailkan permohonan cerai terhadap rapper yang kini terjun ke dunia politik tersebut.
West juga dilaporkan sedia maklum terhadap permohonan cerai dari mogul kosmetik tersebut yang didakwa sudah muak menjadi isterinya.
Biarpun laporan mengenai rumah tangga yang dibina sejak enam tahun lalu ini berantakan dan sudah diketahui satu dunia, namun empat anak mereka dikatakan belum sedar West dan Kim akan bercerai.
Menurut laporan USWeekly, empat anak mereka iaitu North, 7, Saint, 5, Chicago, 2, dan Psalm, 20 bulan tidak mengenai keduanya akan bercerai.
"Anak anak mereka tidak tahu mengenai masalah yang dihadapi pasangan ini. Hal ini kerana mereka telah terbiasa dengan ketiadaan West di rumah dan selalu tinggal di negeri lain," kata sumber tersebut.
Malah, sejak keduanya dilaporkan sudah tinggal berasingan, anak anak juga tidak perasan jika itu adalah tanda ketidakharmonian dalam rumah tangga Kim dan West.
Kim juga sengaja tidak memaklumkan kepada anak anaknya mengenai masalah rumah tangga yang dihadapi demi menjaga kesihatan mental mereka.
Laporan yang sama menyebut salah satu faktor yang mendorong Kim memfailkan penceraian adalah selepas West mendedahkan pernah meminta dirinya membuang kandungan iaitu North pada awal perkahwinan mereka semasa membuat pidato untuk menduduki kerusi Presiden Amerika Syarikat tahun lalu.
"Dia telah lama ingin bercerai, namun West pula didignos dengan bipolar. Jadi dia menangguhkan hasrat tersebut kerana mahu kesihatan suaminya stabil.
"Namun selepas West membuka kisah ingin membuang North, Kim tidak lagi boleh bertahan," kata sumber tersebut lagi.
Kredit Foto: US Weekly
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar