Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Terbongkar Opai Bukan Pemilik Nombor Plat McLaren? Fatin Afeefa Kongsi Keadaan Suami Di Hospital - "Kena Pukul Dengan Geng Honda"

Syafiqah Jalal 18/06/2023 | 22:36 MYT
Tular sebuah akaun di Facebook bernama SCRUT mendakwa suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai bukan pemilik berdaftar yang sebenar nombor plat ‘QPA1’ yang digunakan di kereta McLaren miliknya sebelum ini.
Dapatan daripada sistem SCRUT, ia bukan milik lelaki itu tetapi milik Revenue Scope Sdn. Bhd.
Justeru, dalam laporan Harian Metro pula, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik kereta mewah McLaren tampil membuat laporan selepas tular gambar kenderaan tersebut minggu lalu.
“Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sebelum ini, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang menerima kecaman hebat netizen selepas didakwa melabelkan kereta bukan dalam kategori ‘supercar’ sebagai najis.
Bagaimana pun terbaharu, menerusi akaun InstaStory Fatin telah menunjukkan suaminya seperti terlantar sakit di sebuah hospital swasta.
Fatin mendakwa seolah-olah suaminya dipukul.
"Kena pukul dengan geng Honda," tulisnya ringas seperti berseloroh.
Namun sehingga kini tiada kesahihan atau pun penjelasan dari pihak Fatin atau suaminya mengenai hal berkenaan.
Minggu lalu selepas kecoh Opai hina kereta bukan supercar, Fatin kemudian dilihat memadam gambar suaminya di media sosial dan dalam masa yang sama memuat naik fotonya manis berhijab.
#. #hospital #Suami #Fatin Afeefa #McLaren #Pemilik #Opai #Nombor Plat
;