Viral
Tergelincir Namun Masih Terus Catwalk, Model Victoria's Secret Ini Dipuji Netizen
Seorang peragawati Victoria's Secret menerima pujian ramai apabila tetap bersikap profesional walaupun tergelincir lalu rebah di runway.
Insiden itu berlaku ketika peragawati bernama Ming Xi itu melakukan peragaan dalam satu sesi pertunjukan fesyen Victoria's Secret Show di Shanghai, China, pada Isnin.
Menerusi rakaman, dapat dilihat Ming Xi tergelincir akibat terpijak kain leret dan rebah, namun beliau bingkas bangun dan meneruskan catwalk.
Malah, peragawati itu juga meneruskan tugasnya dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir, tanpa sedikit pun menunjukkan riak wajah kesakitan.
Sikap profesional Ming Xi itu dipuji bukan sahaja penonton yang menyaksikan pertunjukan fesyen itu, tetapi juga kalangan netizen.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menerusi laman web Weibo, Ming Xi meminta maaf atas insiden itu dan berterima kasih atas kata-kata sokongan yang diberikan.
"Sudah tujuh tahun saya bergelar peragawati dan ini bukan kali pertama saya rebah di runway.
"Walaupun sakit, saya tahu tugas perlu diteruskan. Terima kasih atas sokongan anda semua," kata Ming Xi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ming Xi pernah dipilih memperagakan pelbagai jenama fesyen, antaranya Michael Kors, Vera Wang dan Chanel, dan sudah terbabit dengan pertunjukan fesyen Victoria's Secret sejak 2013.
Sumber: Astro Awani, Twitter, Weibo