Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Tergelincir Tak Apa! Ratu Malaysia Menang Kostum Nasional Terbaik Miss Universe 2019

Amri Hassan 09/12/2019 | 04:08 MYT
Hikmah tergelincir ketika pusingan swim wear kelmarin, Miss Universe Malaysia, Shweta Sekhon memenangi Kostum Nasional Terbaik pada pertandingan ratu cantik Miss Universe 2019 yang berlangsung di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.
BACA: Ratu Malaysia Tergelincir! Apa Jadi Dengan Lantai Pentas Miss Universe?
Membawakan kostum berkonsepkan masyarakat baba nyonya Melaka, A Peranakan Indulgence sentuhan pereka tempatan Carven Ong berjaya membuka mata dunia.
Kostum seberat 27 kilogram itu dilengkapi dengan lima meja hidangan kuih-muih tradisional antaranya onde-onde, kuih koci, kuih lapis, kek sagu, kuih talam, ang ku kuih dan banyak lagi.
Gaun itu mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan.
Bagaimanapun, hos rancangan itu, Steve Harvey malangnya tersilap mengumumkan nama ratu cantik Filipina, Gazini Ganados sebagai juara Kostum Nasional Terbaik.
Perkara itu diperbetulkan sendiri oleh Shweta yang meminta mikrofon daripada Steve ketika itu dengan penuh profesional.
Situasi itu berjaya dikawal oleh Steve yang menyamakan insiden sama seperti yang berlaku ketika mengumumkan nama Ratu Colombia, Ariadna Gutierrez sebagai pemenang yang sepatutnya milik Ratu Filipina, Pia Wurtzbach pada Miss Universe 2015.
Dalam pertandingan itu, Malaysia gagal menempatkan nama di kedudukan 20 terbaik.
Selepas Filipina, Miss Universe 2019 telah dinobatkan menjadi milik Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan! Tahniah diucapkan.
#Shweta Sekhon #Miss Universe 2019 #Best National Costume
;