Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Terima Apa Saja Keputusan Mahkamah, Diana Danielle Dapat Kekuatan Daripada Allah & Orang Sekeliling - “Saya Hanya Fokus Pada Solat”

Asyikin Mayudin 15/11/2024 | 10:25 MYT
Pelakon Diana Danielle akan menerima apa saja keputusan bagi sebutan permohonan rujuk dan perceraian kali kedua yang akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 November ini dengan hati terbuka.

Terima apa sahaja keputusan

Enggan menggulas lanjut berkenaan kes perceraian yang masih berjalan, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson bagaimanapun akan terus berjuang.

"Apa-apa pun (keputusan) saya akan terima. Saya tidak akan komen apa-apa berkenaan perkara peribadi, cuma saya harapkan biarlah hasilnya positif.

"Tetapi saya akan terus berjuang dan terbang," kata Diana kepada Gempak.

Sentiasa positif

Sementara itu, Diana memberitahu dia lebih selesa meluahkan segala yang dipendam ketika menunaikan solat selain ia juga memberi ketenangan dalam hidupnya.

“Saya hanya fokus pada solat saja, apa saja yang dilalui, pahit manis kita… waktu kita sujud itulah kita meluahkan apa saja kita rasa. Dari situ saya dapat ketenangan.

“Saya pun berharap akan menjadi seorang Muslim yang lebih baik dan sentiasa berpegang pada kekuatan yang diberikan oleh Allah,” ujarnya.
Sentiasa untuk positif, pelakon berusia 32 tahun ini juga memberitahu dia mendapat kekuatan dalam diri daripada Allah dan orang sekelilingnya.
“Saya tak kuat orangnya, dari dulu saya cakap yang saya tak kuat. Pinjam kekuatan itu daripada Allah, daripada orang sekeliling, dan cuba untuk positif. Saya mendekatkan diri dengan Allah.
“Saya tak nak cakap lebih sebab nanti orang kata kita nak tunjuk baik… tidak tapi itulah realiti. Kita manusia terutama perempuan ada naik turun, yang penting kita kena sentiasa ingat apa yang penting dalam hidup,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Beri Ruang, Puteri Sarah Akui Terkejut Bila Tahu Diana Danielle Nak Cerai - “Kalau Dia Sendiri Nak Hubungi Saya & Bercerita…”

ARTIKEL BERKAITAN:Ada Sebab Diana Danielle Berlalu Pergi Tanpa Penjelasan, Anggap Peguam Sudah Beri Jawapan Relevan

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Boleh Hidup Bersama, Tiada Persefahaman & Berlaku Shiqaq Punca Diana Danielle Nekad Nak Cerai

ARTIKEL BERKAITAN:Bakar Surat, Diana Danielle Anggap Farid Kamil Zalim Jika Pilih Untuk ‘Drag’ Proses Cerai - “Tindakan Dia Sangat Kejam”

ARTIKEL BERKAITAN:Masih Pujuk Diana Danielle, Farid Kamil Kongsi Surat ‘Cinta’ 12 Tahun Lalu - “Selalu Bahagia Hingga Kita Bersatu Kembali…”

Sebelum ini, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 34, mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad untuk berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.
Pelakon filem Imaginur itu juga enggan lagi dipujuk malah mendakwa sega janji yang ditabur Farid sebelum ini tidak pernah tertunai.
Pada 4 November lalu, Diana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bersama peguam untuk memfailkan perceraian terhadap Farid Kamil.
Mahkamah turut menetapkan 20 November depan sebagai tarikh sebutan pertama bagi permohonan rujuk dan perceraian.
#Diana Danielle #cerai #Farid Kamil
;