Hiburan

Terima DM Lelaki Nak Berkenalan, Balu Abam Bocey Mengaku Belum Bersedia Berumah Tangga - “Saya Terbuka Jika Ada Jodoh Tapi…”

Firdaus
28/02/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Terima DM Lelaki Nak Berkenalan, Balu Abam Bocey Mengaku Belum Bersedia Berumah Tangga - “Saya Terbuka Jika Ada Jodoh Tapi…”
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah mendedahkan dirinya ada menerima mesej-mesej dari lelaki untuk tujuan berkenalan.
Menurut Hidayah atau nama sebenarnya Siti Norhidayah Mohd Ali, 32, mengakui ada yang mendekati, akan tetapi dirinya belum bersedia untuk berumah tangga.

BERITA TRENDING: Balu Abam Belum Bertunanglah, Gerangan Jejaka Misteri Baju Biru Depan Hidayah Rupa-Rupanya...

“Ada yang cuba nak berkenalan dengan saya menerusi mesej, tapi saya tak balas pun. Ada juga yang datang kedai nak berkenalan.
“Saya terbuka hati jika ada jodoh, tapi buat masa ni saya rasa belum lagi bersedia. Saya nak besarkan Hamzah dahulu,” kongsinya.
Sementara itu, Hidayah ketika ditemui semasa sidang media filem TAN-TI-ANA yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur juga menyatakan bahawa sukar untuk dirinya melupakan arwah Abam.
“Saya akui memang sukar untuk saya menghilangkan ‘bayangan’ arwah. Arwah tetap di hati saya, jadi susah untuk saya lupakan dia.
“Kalau nak berkenalan dengan saya, kena sayang dengan anak saya, sebab kita pernah berumah tangga, jadi biar dia terima Hamzah dengan saya sekali,” katanya.
Terdahulu, Hidayah pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Abam pada 8 Disember 2017.
Hasil perkahwinan, mereka memiliki cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 5.
Bagaimanapun, jodoh pasangan ini tidak panjang apabila arwah Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun di kediamannya di Gombak, Selangor.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar