Laman Utama

“Terima Kasih Abang Lori Selamatkan” - Lelaki Hilang COD iPhone Selamat Pulang, Masih Trauma & Cedera Di Muka

Mya Amri
08/10/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
“Terima Kasih Abang Lori Selamatkan” - Lelaki Hilang COD iPhone Selamat Pulang, Masih Trauma & Cedera Di Muka
Lelaki yang didakwa hilang selepas melakukan urusan jual beli telefon bimbit jenis iPhone di Pulau Pinang iaitu Muhammad Daniel Haikal akhirnya pulang dengan selamat.
Berita itu dimaklumkan sendiri menerusi hantaran terbaharu di Instagram ibu saudaranya pada petang Sabtu.
Hantaran tersebut memaklumkan Daniel telah dihantar pulang oleh seorang pemandu lori.
“Pada yang tanya bagaimana keadaan Muhammad Daniel haikal, alhamdulillah sampai ke rumah dengan selamat, terima kasih pada abang lori yang selamatkan.
“Pada semua yang tak henti mendoakan, terima kasih banyak-banyak semoga Allah membalas jasa kalian,” maklumnya.
Dalam pada itu, ibu saudaranya juga turut memberitahu Daniel masih lagi berada dalam keadaan trauma dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian.
“Alhamdulillah sujud syukur kami sekeluarga kepada Allah S.W.T telah kembalikan Danial kepada kami dalam keadaan selamat.
“Walau pun muka dan badannya teruk tapi sudah selamat sampai di depan mata kami. Terima kasih pada rakyat Malaysia yang membantu kami sekeluarga menyebarkan kepada semua media sosial.
“Tak lupa juga pada pihak PDRM yang membantu dalam siasatan. Syukur, semoga Allah membalas jasa kamu semua.
“Cuma Danial masih dalam keadaan trauma, saya dah pun bawa Danial ke balai berhampiran,” jelasnya.
BACA: Lelaki Tak Pulang-Pulang Lepas COD iPhone Di Pulau Pinang - “VC Tunang Minta Tolong, Tapi…”
Terdahulu, Danial sebelum ini dilaporkan hilang tanpa sebarang khabar berita sejak 3 Oktober lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar