Laman Utama
“Terima Kasih Atas Keprihatinan YB Terhadap Isu Berita Palsu” - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengucapkan rasa terima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil atas keprihatinan beliau terhadap isu berita palsu yang dikaitkan dengannya baru-baru ini.
Siti menerusi akaun Twitter miliknya berharap agar isu ini terus diberi kesedaran dan membendung berita-berita palsu yang keluar di media sosial.
“Terima kasih di atas keprihatinan YB terhadap isu berita palsu, buli siber dan sebagainya. Hal ini sudah sering terjadi bukan sahaja kepada saya sebagai individu tetapi juga banyak pihak lain.
“Kesedaran masyarakat harus dibendung tentang berita-berita palsu yang keluar di media sosial.
“Jadilah pengguna yang berhemah, matang menilai dan tidak menggunakan akal, jari, ilmu yang Allah pinjamkan kepada perkara yang tidak berfaedah,” tulisnya.
Terima kasih di atas keprihatinan YB terhadap isu berita palsu, buli siber dan sebagainya. Hal ini sudah sering terjadi bukan sahaja kepada saya sebagai individu tetapi juga banyak pihak lain. Kesedaran masyarakat harus dibendung tentang berita-berita palsu yang keluar di media… https://t.co/7mnHnKOWKl— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) May 1, 2023
Terdahulu, Siti mendedahkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang telat menggunakan namanya dengan membuat akaun Facebook palsu.
Akun itu juga menyebarkan kenyataan berhubung kehadirannya untuk memeriahkan sebuah majlis di Kedah yang didakwa majlis politik.
Kenyataan palsu itu kemudiannya digunakan sebuah portal hiburan untuk dijadikan bahan berita dengan tajuk ‘Siti Nurhaliza tak sangka rumah terbuka jadi majlis politik' dan menjadi tular.
Rentetan isu tersebut, Fahmi menerusi catatan di akaun media sosial miliknya memberi amaran terhadap portal hiburan terbabit dan menggesa hentikan penyebaran berita palsu.
Must-Watch Video