• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Saya Minta Maaf Buat Ramai Tak Selesa" - Kieda Crepe Ambil Tempoh Bertenang, Rehat Dari Media Sosial
HIBURAN
Cakra Khan Suka Borong Mi Segera Perisa Kari Setiap Kali Ke KL, Love Mi Goreng Mamak Juga - “Berkotak-Kotak Bawa Pulang…”
HIBURAN
Bangga Dengan Pencapaian Diri, Neelofa Berjaya Kuasai Bahasa Arab - “Macam Mimpi Jadi Kenyataan…”
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Terima Kasih Berusaha Besarkan Kami Dalam Kesempitan” - Hanis Zalikha Imbau Zaman Ibu Bapa Jual Kuih Tepi Jalan

Azwa Rahman
Azwa Rahman
24/06/2021
05:41 MYT
Sponsor Banner
“Terima Kasih Berusaha Besarkan Kami Dalam Kesempitan” - Hanis Zalikha Imbau Zaman Ibu Bapa Jual Kuih Tepi Jalan
Pelakon Hanis Zalikha mengimbau memori membesar dalam kesempitan hidup apabila kedua ibu dan bapanya berniaga kuih-muih dan nasi lemak sebagai sumber pendapatan.
Menerusi laman sosial Instagram, Hanis memuat naik sekeping foto kuih kegemarannya iaitu kuih Pulut Panggang dan terkenang nostalgia bersama ibu dan bapa.
“Pulut Panggang ni kuih yang terlalu nostalgik untuk saya, mamang kalau makan, terus akan dibawa ke zaman mama daddy meniaga tepi jalan jual kuih dan nasi lemak.
“Maybe sebab takde masa lain mama akan buat pulut panggang ni. Sampai sekarang dah tak makan dah sebab mama takde buat dah.
“Cuma waktu nak meniaga tu je. Dan mama buat memang sedap sungguh sungguh.
“Thank you pulun berusaha besarkan kami dalam kesempitan. Kami tak rasa kekurangan bila kenangkan kesusahan tu, yang ingat cuma memori kita satu keluarga bahagia bersama @nanirostam,” tulis Hanis di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya sebak apabila membaca catatan pengalaman Hanis dan keluarganya yang pernah mengalami zaman susah.
Malah, ada yang turut memuji tindakan Hanis yang tidak malu menceritakan zaman kesempitan hidup yang dialaminya bersama keluarga.
“Terharunya baca. Kalau Hanis tak cerita, memang tak sangka. So proud to see where you and your family now,” komen seorang wargamaya.
“Hidup bagaikan roda. Macam Hanis teringat mak dia pernah meniaga tepi jalan lepas tu majlis bandaraya datang amil stall mak dia. Sedih baca,” kata seorang wargamaya.
“Oh baru tahu keknis dan family pernah kesempitan. Ingatkan memang orang senang. Alhamdulillah untuk kehidupan yang sekarang,” tulis seorang wargamaya.
“Awak sangat humble dan jujur untuk mendedahkan zaman lampau. Tapi apa yang mak dan ayah buat adalah kerja yang ikhlas dan buatkan orang gembira. I salute you and family,” ujar seorang wargamaya.
“Hebatnya you. Alhamdulillah rezeki you dapat kehidupan sekarang dan dah berjaya. Tak malu kongsi asal-usul,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah meraih hampir 25,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Related Topics
#Hanis Zalikha
#Kenangan keluarga
#Pulut Panggang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement