Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Terima Kasih Berusaha Besarkan Kami Dalam Kesempitan” - Hanis Zalikha Imbau Zaman Ibu Bapa Jual Kuih Tepi Jalan

Azwa Rahman 24/06/2021 | 05:41 MYT
Pelakon Hanis Zalikha mengimbau memori membesar dalam kesempitan hidup apabila kedua ibu dan bapanya berniaga kuih-muih dan nasi lemak sebagai sumber pendapatan.
Menerusi laman sosial Instagram, Hanis memuat naik sekeping foto kuih kegemarannya iaitu kuih Pulut Panggang dan terkenang nostalgia bersama ibu dan bapa.
“Pulut Panggang ni kuih yang terlalu nostalgik untuk saya, mamang kalau makan, terus akan dibawa ke zaman mama daddy meniaga tepi jalan jual kuih dan nasi lemak.
“Maybe sebab takde masa lain mama akan buat pulut panggang ni. Sampai sekarang dah tak makan dah sebab mama takde buat dah.
“Cuma waktu nak meniaga tu je. Dan mama buat memang sedap sungguh sungguh.
“Thank you pulun berusaha besarkan kami dalam kesempitan. Kami tak rasa kekurangan bila kenangkan kesusahan tu, yang ingat cuma memori kita satu keluarga bahagia bersama @nanirostam,” tulis Hanis di ruangan kapsyen.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya sebak apabila membaca catatan pengalaman Hanis dan keluarganya yang pernah mengalami zaman susah.
Malah, ada yang turut memuji tindakan Hanis yang tidak malu menceritakan zaman kesempitan hidup yang dialaminya bersama keluarga.
Terharunya baca. Kalau Hanis tak cerita, memang tak sangka. So proud to see where you and your family now,” komen seorang wargamaya.
Hidup bagaikan roda. Macam Hanis teringat mak dia pernah meniaga tepi jalan lepas tu majlis bandaraya datang amil stall mak dia. Sedih baca,” kata seorang wargamaya.
Oh baru tahu keknis dan family pernah kesempitan. Ingatkan memang orang senang. Alhamdulillah untuk kehidupan yang sekarang,” tulis seorang wargamaya.
Awak sangat humble dan jujur untuk mendedahkan zaman lampau. Tapi apa yang mak dan ayah buat adalah kerja yang ikhlas dan buatkan orang gembira. I salute you and family,” ujar seorang wargamaya.
Hebatnya you. Alhamdulillah rezeki you dapat kehidupan sekarang dan dah berjaya. Tak malu kongsi asal-usul,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah meraih hampir 25,000 tanda suka daripada pengikutnya.
#Hanis Zalikha #Kenangan keluarga #Pulut Panggang
;