Gaya Hidup
“Terima Kasih Boss” – TMJ Hadiahkan Lebih 30 iPhone 11 Untuk Staf JDT
Kakitangan pasukan Harimau Selatan JDT kini boleh tersenyum lebar apabila menerima hadiah berupa sebuah telefon pintar iPhone 11 hasil pemberian Tunku Mahkota Johor (TMJ).
Menerusi laman sosial Twitter, akaun rasmi @JOHORSouthernTigers berkongsi sepotong video menunjukkan staf-staf JDT mengambil hadiah telefon masing-masing.
“Terima kasih Tuanku,” ujar semua kakitangan menerusi video berdurasi 11 saat itu.Thank You Boss ❤️? @HRHJohorIIHidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/lcNivwSe4f— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 27, 2019
Pemberian itu merupakan tanda penghargaan TMJ kepada kakitangan yang bertungkus-lumus dan bekerja keras demi mengharumkan nama pasukan JDT.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya berasa teruja dan gembira melihat kakitangan pasukan itu diraikan dengan
Bestnya lahai, kitorang teringin jugak Tunku @HRHJohorII ?— Amir Shazwan (@amirshazwan_) September 27, 2019
Very good gestures from Tuanku ?? Best jugak kalau dapat satu ?— Häkim (@ApekkHakim) September 27, 2019
Pertengahan September lalu, Apple melancarkan model terbaru mereka iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max dengan harga mencecah ribuan ringgit.saya pun rakyat johor, saya nak satu ?— Muhammad Hafifi (@AbamIpi) September 28, 2019
Must-Watch Video