Viral
“Terima Kasih Cinta” - Kongsi Video Majlis Akad Nikah, Andika Putera Kembali Bergelar Suami?
Pempengaruh, Andika Putera sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video yang memperlihatkan dirinya selamat bernikah dengan wanita pilihan yang dipercayai seorang doktor.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Andika, atau nama sebenarnya Muhammad Andika Putera, kelihatan segak mengenakan busana berwarna putih untuk kedua-dua majlis, iaitu majlis akad nikah dan majlis persandingan.
Menariknya, majlis tersebut turut dihadiri oleh anak perempuannya, Alisha Puteri.
“Bismillah. Inilah permulaan baru dan sebuah kebahagiaan yang tidak berkesudahan.
“Semoga Allah membimbing perkahwinan kita dan memberi sakinah, mawaddah, dan rahmah. Amin,” tulisnya.
Pada masa sama, pempengaruh itu turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan, dan isterinya tercinta.
“Terima kasih keluarga, sahabat, keluarga baru, dan semua yang mendoakan. Doakan ikatan ini membawa ketenangan, kebahagiaan, dan kasih sayang yang berpanjangan.
“Dan akhir sekali, terima kasih, cinta,” kongsinya.
Walaupun Andika tidak mempamerkan wajah isterinya secara langsung, tular sebuah video di TikTok yang menunjukkan wajah jelita wanita yang berjaya memenangi hatinya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Terdahulu, Andika pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial, Ananda Natasha, namun mereka bercerai selepas empat tahun.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Alisha Puteri.
BERITA TRENDING: Kongsi Video Masak Piza, Netizen Teruja Lihat Masya Masyitah Kembali Aktif - “Rindu, Lama Dia Hilang…”
BERITA TRENDING: Tak Boleh Ke Tandas, Lelaki Lumur Najis Pada Wajah Anggota Penyelamat
BERITA TRENDING: ERA Cipta Sejarah, Stesen Radio Pertama Malaysia Capai 2 Juta Pengikut di TikTok
BERITA TRENDING: Lelaki Meninggal Wariskan Bandar RM46 Juta
Must-Watch Video